Pantai dan laut salah satu tempat menarik untuk dikunjungi. Biasanya aktiviti di pantai ni kita boleh berkelah dan bermandi manda. Di Selangor ada beberapa pantai yang menarik untuk berkelah dan bermandi manda serta mempunyai kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Setiap pantai ada daya tarikannya tersendiri. Jom pergi!
 

8 Pantai Menarik Untuk Berkelah Dan Bermandi Manda Di Selangor

pantai menarik di selangor 2022

1. Pantai Remis, Kuala Selangor

  • Kemudahan termasuk tandas awam, restoran seafood & playground.
  • Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.
  • Boleh bermain layang-layang.
  • Terdapat port memancing.
  • Terdapat tapak penjaja untuk membeli hasil laut.

2. Pantai Morib, Kuala Langat

  • Dipenuhi pokok casuarina dan pokok kelapa.
  • Terdapat kemudahan awam.
  • Boleh bermain aktiviti pantai seperti bola sepak pantai, bola tampar pantai & layang-layang.
  • Terdapat tugu peringatan World War 2.


3. Pantai Bagan Lalang, Banting

  • Terletak di daerah Sepang.
  • Boleh memancing, bermain layang-layang, BBQ session, berkayak & berkhemah.
  • Terdapat rivercruise di Sungai Sepang Besar.
  • Berdekatan dengan Avani Sepang Gold Coast.

4. Pantai BNO (Bagan Nakhoda Omar), Sabak Bernam

  • Nama penuhnya Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO).
  • Perlu diakses melalui kawasan kampung tradisional.
  • Terletak di kawasan paya bakau.
  • Terdapat gerai penjaja dan medan selera.

5. Pantai Redang, Sekinchan

  • Sebuah pantai yang tersembunyi di Sekinchan.
  • Tempat bergambar yang menarik ketika matahari terbenam.
  • Tempat terbaik untuk mencari ketam laut.
 

6. Pantai Jeram, Kuala Selangor

  • Terletak di bahagian utara Pantai Remis.
  • Restoran aroma ikan bakar terletak di sini.
  • Port terbaik untuk makan malaam di restoran seafood.
  • Pantainya tidak popular untuk bermandi manda.

7. Pantai Kelanang, Banting

  • Merupakan kawasan jeti nelayan.
  • Terdapat rimbunan bakau yang boleh dilihat ketika air surut.
  • Boleh berjalan menuju ke arah laut ketika air surut.
  • Sesuai untuk berkelah & bermandi manda.
  • Juga terdapat playground dan kedai makan.

8. Pantai Cunang, Tanjung Sepat

  • Tidak popular tetapi cantik, bersih dan terjaga.
  • Pantai terbaik setakat ini di Selangor.
  • Bayaran diperlukan untuk menjalankan aktiviti di pantai ini.
  • Pasir pantainya putih, langit & lautnya juga membiru.
sumber : jalan-jalan cuti santai