Sekali lagi tarikh tujuh dua muncul (7 Februari). Maka, naik satu lagi anak tangga umur seorang Azhafizah ni. Happy birthday to me! 7 Februari 2022 jatuh pada hari Isnin bersamaan dengan 6 Rejab 1443H. Dah macam nak umumkan raya pulak dah.

Bau bau tak dapat raya balik kampung macam dah ada. Tapi takpe, kita terus positif. Allah maha besar. Yakin tahun ni kita dapat beraya balik  kampung. Teruskan berdoa kes baru cepat turun dan Allah lenyapkan COVID-19 serta merta. Aaaminnn...

Birthday 7 February 2022

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk tahun ni. Semoga bertambah tambah kebaikan dapat dibuat. Masih kekal dalam kluster tricenarian tapi dari kacamata suami FOREVER 21. Asal beli kek besar mesti tertulis FOREVER 21. 

Yang pastinya tahun ni macam tak ada kek besar. Rasa tak teringin nak makan kek. Adakah sebab tekak sedang kurang berselera sekarang ni. Kita tengok esok macamana.

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ‎
for another year.
Another year older.
Another year gone by.
Thank you Allah for blessing me much more than I deserve.
Beautiful life, lots of love, joy and happiness always leaves me with endless memories.
There is nothing I could ask for more.
I am truly blessed.

Apa apa pun, terima kasih untuk segala ucapan dan doa kalian semua. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn...