Semalam rasa tak sedap badan. Badan panas, kepala pening dan tekak dah mula rasa perit. Tapi masih boleh bangun buat kerja rumah dan design. Buat kerja rumah settle, kerja design tak settle sebab otak ni lansung tak function. Tak boleh nak keluarkan idea lansung. Tepu!

Encik suami balik dari kampung ada kenduri, saya terus minta dia check suhu badan guna digital thermometer tu. Guna kaedah letak bawah lidah tu. Kalau guna kaedah tu, suhu 37.2 ke atas dah dikira demam. Betul ke?

Tiba - Tiba Demam

Betul tak betul, badan memang panas rasa nak demam. Tekak dah mula perit. Makan lauk bekal kenduri pun tak berapa nak selera makan walaupun sedap. Lauk pajeri terung dan sambal udang. Tak berselera tapi lapar. Habis jugak makan sepinggan.

Hari ni bangun tidur, badan kurang panas lah sikit. Tekak je dah rasa lain macam. Macam ada potensi nak bersuara rock. Jenis jarang demam ni, bila demam risau pulak kalau demam lama. Dahlah beberapa hari lagi nak cuti-cuti sempena birthday. Harap cepatlah elok. Aaaminn...

Kakak dan anak buah yang balik kampung sama haritu pun demam juga. Ahh ghisauuu...Musim Covid kalau demam terus auto rasa paranoid. Agaknya cuaca panas sangat kot. Pulak tu kamiorang buat kerja macam-macam mengemas rumah mak. Tak dapat rehat dan tidur yang cukup pun ye jugak.

Saya balik dari kampung haritu hari Selasa. Pelik pulak semalam (Khamis) tiba tiba demam. Kakak pulak balik dari kampung (Rabu) terus demam. Anak buah sama dengan saya semalam baru tiba tiba demam. Semoga semuanya kembali sihat. 

Nanti saya kayuh pelan pelan blogwalking ye.