Telefilem Mentari, telefilem ulang siar lakonan Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle dan Adi Putra. Telefilem Mentari disiar semula pada Jumaat ini 18 Februari di TV3.

Telefilem Mentari TV3

TELEFILEM MENTARI

Waktu siaran : Khamis, 14 Jun 2018, jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Ulang siar : 18 Februari 2022, jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengarah : Rashid Sibir
Terbitan : Suhan Movies & Trading

PELAKON DAN  WATAK

  • Datuk Rosyam Nor sebagai Dato’ Ikmal
  • Zahirah Macwilson sebagai Mentari
  • Syafiq Kyle sebagai Firash
  • Dato' Adi Putra sebagai Khalid

SINOPSIS MENTARI

Mentari (Zahirah Macwilson) meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Firash (Syafiq Kyle). Namun ayahnya, Dato’ Ikmal (Datuk Rosyam Nor) sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri. 

Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. 

Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid (Adi Putra). Dato' Ikmal hampir tidak mahu dengar ingatan ibunya, mujur dia secara kebetulan bertemu Khalid, pencuci masjid yang menyimpan telefonnya yang tertinggal. 

Dari situ terungkai asal usul Mentari, walaupun Mentari merajuk meninggalkan Dato' Ikmal, tetapi Mentari seorang yang sangat memahami.