Telefilem Maaf Dari Khilaf, telefilem ulang siar bersiaran pada hari Jumaat 25 Februari 2022 jam 10:00 malam di TV3. Telefilem Maaf Dari Khilaf dibintangi pelakon Zamarul Hisham, Tiz Zaqyah, Elly Mazlein dan ramai lagi.

maaf dari khilaf full movie tv3

TELEFILEM MAAF DARI KHILAF

Waktu siaran : Ahad, 12 Mei 2019, 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Ulang siar : Jumaat, 25 Februari 2022, jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Hatta Middi
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : ZK Creative Productions Sdn Bhd

PELAKON MAAF DARI KHILAF

  • Zamarul Hisham
  • Tiz Zaqyah
  • Elly Mazlein
  • Indah Emeerlda
  • Ako Mustapha
  • Rosnah Mohd Aris

SINOPSIS MAAF DARI KHILAF

Hasrat Bakar dan Salimah untuk memiliki zuriat tidak kesampaian apabila Salimah mengalami keguguran. Bakar panas hati kerana penantian zuriat selama 15 tahun berakhir dengan kejadian tragis.

Dia tekad untuk mencari angkara siapa yang mencampak sampah dari tingkat atas rumah flatnya yang mengakibatkan keguguran kandungan isterinya. Pada masa yang sama, jiran mereka Rosnah berasa amat bersalah kerana dia tahu ini semua adalah salahnya.