Setiap kali beli yong tau foo mesti akan beli tauhu bakar. Tak silap dah 3 kali membeli tauhu bakar. Mula tu nak beli sontong kangkung tapi habis pulak. Sotong kangkung tak ada beli tauhu bakar pun boleh lah.

Tak pasti berapa keping tauhu bakar dalam sebekas ni. Bukan tauhu bakar semata-samata. Didatangkan bersama hirisan timun dan sengkuang rangup. Atasnya ada taburan kacang tanah tumbuk. Kuahnya saya lupa pulak nak letak. 

Tauhu Bakar RM3

Puas makan sebekas ni sorang-sorang. Encik suami tak minat, jadi kita lah conquer makan sorang sorang tanpa gangguan. Kenyang juga makan tauhu bakar ni.

Tauhu bakar mudah je nak buat sebenarnya kan. Boleh bakar sendiri guna dapur atau ada air fryer boleh je guna. Tinggal hiris timun dan sengkuang je. Tapi tu lah tak berapa pandai nak buah kuahnya. Jadi kita beli je lah.

Lagipun encik suami tak makan, tak perlu beria nak buat sendiri. Nak makan beli je senang. Harga tauhu bakar RM3 kira murah jugak tu kan.

Tauhu rangup di luar dan lembut di dalam. Kuahnya macam kuah rojak buah. Sedap! Sesuai dimakan dengan tauhu bakar, timun dan sengkuang rangup. 

Gerai ABC Along Merah Delima

Waktu operasi :  
Isnin-Jumaat (Sabtu-Ahad Cuti)
Jam 12:00 pm - 6:00 pm

Lokasi : 447 taman college heights 8 (COD TCH FREE)
Hubungi : 0176218804