Risau betul bila fikirkan lama sangat suami batuk tak elok elok berjangkit dengan saya. Saya pun batuk on off sebelum ni.  Tapi tak sekerap suami lah. Sekarang saya dah kembali sihat macam biasa. Alhamdulillah...

So kami buatlah saliva test for covid. Bangun tidur je terus buat. Untuk saliva test ni sebaiknya buat lepas bangun tidur sebab air liur tak bercampur apa apa lagi. Lebih accurate lah macam tu.

Kalau dah makan kena tunggu selepas 30 minit selepas itu baru buat saliva test. Tak berani nak swab test sebab tak tahu nak jolok sampai mana. Risau sakit tu haaaa

saliva test for covid

Kita buat mana yang mudah je lah dulu. Berdebar jugalah pertama kali nak buat saliva test ni. Dalam kepala ni dah macam macam fikir. Kalau positive macamana?

Ahhh ghisauuuu… tunggu punya tunggu punya tunggu.. syukur single line negative yang menggembirakan. Sejauh mana keberkesanan saliva test ni Wallahu a'lam. Harap harap sentiasa negative lah.