Buka media sosial, ramai yang kata ada terasa gegaran di beberapa negeri di Malaysia iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Paling kuat terasa di Lembah Klang katanya. Gegaran berlaku pada pukul 9:39 pagi akibat kejadian gempa bumi di Sumatera Barat Indonesia.

Kawasan yang mengalami gegaran antaranya :
  • Kompleks Mahkamah Shah Alam
  • Petaling Jaya
  • Cyberjaya
  • Putrajaya
  • Wisma Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri.
Gempa Bumi 25 Februari 2022

Sejumlah wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan dua insiden gempa bumi kuat. Berdasarkan maklumat dari Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa pertama berlaku pada kekuatan 5.0 skala Richter pada pukul 8.35 pagi waktu tempatan.

Gempa kedua pula berlaku empat minit kemudian iaitu pukul 8.39 pagi dengan kekuatan 6.2 Richter. Gempa kedua itu direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan 17 kilometer ke timur laut Pesaman Barat. Gempa pertama berpusat 18 kilometer ke timur laut kawasan yang sama.

Di Kota Padang, gegaran dirasakan pada tahap tiga dan empat, menyaksikan penduduk panik dan lati bertempiaran untuk menyelamatkan diri.
-sumber : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/02/gempa-bumi-6-2-richter-gegar-sumatera-barat/

Saya tak rasa gegaran tadi. Terkejut tengok semua orang update kata ada gegaran. Pernah mengalaminya masa study dulu di UiTM Penang. Masa tu Tsunami. Stay pulak bilik atas, lupa dah tingkat berapa.

Tapi jenuh lah bergegas turun bawah guna tangga. Sampai bawah rasa nak muntah! 

Satu persatu kejadian berlaku awal tahun ni. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaaminn...