Sudah lama berhajat juga nak bermalam di The Shore Hotel & Residences. Hotel bertaraf 4 bintang. Jadi, saya expect berbaloilah bermalama di The Shore Hotel & Residences ni. Kami booking 3 hari sebelum kalau tak silap. Booking melalui agoda.

Pilih untuk bermalam di The Shore Hotel & Residences ni bukan apa, saja nak ada pengalaman bermalam di sini. Dan alang-alang dah menginap di Shore, kononnya nak pergi Ocenarium dan Sky Tower The Shore. 

Selain tu nak jalan jalan dekat Kg Morten bawah tu sambil tu jalan jalan cari makan melalui Sungai Melaka. Kira banyak jugaklah aktiviti kalau menginap di The Shore ni.

The Shore Hotel & Residents

Kami parkir kereta di tingkat 3A, masuk dalam terus pergi kaunter The shore. Sekali staff situ cakap nak check in kat ground floor. Laahh..kena turun bawah pulak. Turun guna lif berdekatan. Urusan check in agak lambat sikit. Check itu ini, my Sejahtera lagi.

The Shore Hotel & Residents Entrance

Lepas tu kami upgrade dari twin single bed ke King bed kena tambah RM30. Dalam agoda banyak pilihan single bed je. Tapi booking jugaklah masa tu dan pilih queen bed. Sekali masa nak check in tak available pulak. Upgrade je lah king bed.

Kami pilih higher level jugak. Tak tinggi mana, dapat tingkat 12 je mampu. Inilah rupa studio suite yang kami dapat. Masuk masuk sebelah kanan wardrobe dan coffee area. Sebelah kiri toilet dan bilik air.

The Shore Hotel & Residents Studio Suite

Ruang yang luas dan dah tentu selesa berdua. Feeling honeymoon untuk berkali kalinya.

The Shore Hotel & Residents Studio Suite King Bed

Beginilah bilik hotel bertaraf 4 bintang. Konon nak 'wow' kagum tapi lepas tengok bilik begini tak jadi kagum. 

The Shore Hotel & Residents Studio Suite King Bed

Tengok dinding pada headboard katil. Tak ada usaha ke nak betulkan cat atau nak letak frame ke cover rupa cat dinding yang terkupas macam ni. Entahlah labuuu..semak pulak pandangan kita wak.

The Shore Hotel & Residents Kerosakan Dinding

Coffee area. Cawan dia ada stain merah. Tak jadi lah nak mengopi even boleh dibasuh dan rendam dengan air panas kemudian basuh dan bilas berkali kali. Mood auto pudar terus. Botol air tu ada logo Kerjaya hotel pulak. Dalam gambar tak nampak. Nak minum baru perasan logo hotel lain.

The Shore Hotel & Residents Coffee Area

Toilet yang sangat luas dan bersih. Ada disediakan tuala.

The Shore Hotel & Residents Toilet

Tapikan...pintu toilet ni renggang sangat sangat sangat tauuuuu...Memang nampak kalau tak tinjau pun. Suami isteri okay lagi lah. Kalau pergi dengan kawan, camne nak tutup pintu yang renggang ni uiii.. walaupun rasa orang tak akan tinjau tapi tetap rasa tak selesa. Kan?

The Shore Hotel & Residents Toilet Door

Dia tak berakhir di situ, frosted tinted yang cover cermin bilik air dan toilet ni dah koyak koyak jugak. Berlubang dimana-mana. Boleh tahan besar lubangnya. Nampak tak tu. Kalau membuang pun boleh nampak! hahaha...

The Shore Hotel & Residents Frosted Tinted

Puas hati mandi sebab air dia laju dan shower jenis besar. Air sejuk dan air panas berfungsi dengan baik. Tapi lantai dia macam tak rata je. Bertakung air bila mandi. Tak suka betul.

The Shore Hotel & Residents Bathroom

Nampak macam bersih tapi tidak ye. Berkulat juga bilik mandi ni tepi tepi penjuru tu. Nampak sangatlah tak buat maintainance betul betul kan. Disebabkan corak macam ni mungkin kurang sikitlah nampak kekotoran yang ada.

The Shore Hotel & Residents Toiletries

Dental kit bukan The shore ye. Bekalan dari hotel sebelah, Swiss Garden Hotel. Boleh macam tu? Ke memang dorang ni Join Venture?

The Shore Hotel & Residents Dental kit

Okay lampu dia menarik. 

The Shore Hotel & Residents Table Lamp

Wardrobe dia agak berhabuk. Bila wardrobe berhabuk. iron board dan iron pun ikut berhabuk sekali. 

The Shore Hotel & Residents iron board-safety box

wardrobe sebelah ada hanger. Tapi wardrobe ni tak ada lampu. Rosak. Boleh pulak wayar terjuntai. Dalam gambar ni saya ambil bahagian bawah. Tak ada gambar wayar lampu terjuntai tu.

The Shore Hotel & Residents Wardrobe-Hanger

Eh ada lagi, sofa bed tepi sliding door tu pun bertompok tompok stain apa pun tak tahulah. Aduhaii..spoil mood tahu! Bilik mahal hotel taraf 4 bintang tapi macam ni pengalaman pertama bermalam di sini.

Disebabkan dah penat ya amat, kami abaikan je lah semua tu. Asalkan boleh melepaskan penat selepas berjalan jalan kat Zoo Melaka. 

MasyaAllah seronok dapat menikmati sunset view dari bilik. Bawah tu pinggiran sungai Melaka.

The Shore Hotel & Residents Sunset View

Cantik panorama tayum warna jingga.

The Shore Hotel & Residents Sunset View

Night view pun cantik. Malam tu hujan.

The Shore Hotel & Residents Night View

Balik dari Zoo Melaka, encik suami rasa macam nak demam. Ahhh sudah, saya dah elok dia pulak demam. Berjangkit lah ni...Risau betul! Mujur bawa ubat sekali.

Beg makeup saya pun tertinggal kat rumah. Encik suami gigih nak keluar beli makanan dan barang skincare mana yang perlu. Dok cari watsons kat shopping gallery tak ada pun. Ada guardian tapi seberang jalan. Tiba-tiba hujan pulak. Tak jadi pergi.

Sudahnya encik suami beli subway masa turun bawah dan order nasi lemak guna food panda. Terpaksa redha lah tak pakai toner, moisturiser dan suncreen sehari. Camne boleh tertinggal tak tahu lah.

Malam tu encik suami demam dan decide esok check out awal terus balik rumah. Mungkin sebab cuaca panas dan penat bercampur.

Sepatutnya kami check in The Pines Hotel pulak lepas check out The Shore. Tapi tak kesampaian lah nak stay The Pines. Terus Call agoda dan hotel The Pines untuk cancel dan refund.

Tak sempat lah nak berlibur 3 hari 2 malam. 2 hari 1 malam je lah dapat. Balik rumah berehat puas puas barulah semakin baik.

Takpelah, kita rancang cuti cuti lain kali pergi Oceanarium dan Sky Tower The Shore tapi tak nak menginap kat sini lagi. huhu...

Yang bestnya menginap di sini banyak tarikannya sebab semuanya dalam satu bangunan je.