Nak bercuti terus baik demam. Selsema pun dah okay. Tekak je lah macam masih gatal lagi. Tapi tak kerap batuk sangat. Alhamdulillah..Terima kasih yang mendoakan. Seperti yang dirancang, harini bermulalah untuk berlibur 3 hari 2 malam sempena celebrate birthday saya.

Berlibur 3 Hari 2 Malam

Kemana? Nantilah cerita dalam entri lain. Dekat dekat je lah. Malas nak bercuti jauh-jauh. Dah cuti berlibur, bercuti blogwalking jugalah. Tapi entri tak bercuti, saya dah siap-siap buat autopublish sepanjang bercuti. Tak sempat nak bersawang lah blog.

[ber.li.bur] | برليبور
Definisi : bercuti, beristirahat.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sesekali beristirahat celebrate birthday pun satu bentuk hadiah juga. Alhamdulillah...