Tengah syok basuh pinggan semalam, perasan air paip slow. Encik suami lepas mandi pun bagitahu air shower slow ya amat. Macam nak tak ada air je katanya. Tak pulak check portal SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan).

Petang tu suami whatsapp, kita balik kampung lah. Air tak ada sampai esok ni, ada pembersihan loji dia tengok kat portal SAINS tu. Kawasan rumah saya terlibat sekali. Tak mungkinlah kejap tu. Kebetulan mak (mak mentua) nak balik kampung ada urusan harini. Kita balik sekalilah. 

Ikutkan mak stay Seremban, tapi tak ada air. Baiklah kita stay kampung je. Kemas kemas barang lepas encik suami ambil mak kat KL, terus berdesup balik kampung. Mujur gak lah air tangki masih tak kering dan ada simpanan air dalam tong. Boleh guna waktu terdesak. 

Tak ada air susah, tak ada elektrik pun susah. Kann...Bayangkan betapa susahnya orang selangor bila kerap tak ada air. Bertabahlah...

Pokok Bunga Ros Pokok Kelapa

Cantik cuaca di kampung semalam. Cerah! Pagi ni sejuk dengan kabus menebal sebelum matahari muncul. Paling best bunyi bunyian alam berlagu riang.

Cuti kejap buat kerja dan blogwalking semalam dan hari ni. Pagi ni dapat tahu anak buah dua orang positive COVID-19. Allahuakbar... Lepas sorang, sorang family +ve. Semoga semua yang +ve cepat baik dan kuat melawan virus jahat. Aaaminn...