Baru perasan tarikh hari ni istimewa sikit 22.02.2022. Ada apa dengan tarikh 22.02.2022 ni? Istimewanya terletak pada nombor cantik je. Tapi tak puas hati, tak kan tak ada apa yang menarik tarikh 22.02.2022 ni kan. Mesti ada! 

Google jugaklah kalau kalau ada significance tertentu. Bila google dan jumpa 22/02/22, bila tekan keluarlah nombor 2 dan confetti jatuh memenuhi screen. Beberapa kali jugaklah refresh browser. 

Ada Apa Dengan 22.02.2022 Twosday

22 Februari 2022  atau "Twosday" ditandakan sebagai tarikh istimewa dalam kalendar. Tarikh 22.02.2022 salah satu palindrome date yang bermaksud jika dibaca dari depan atau belakang tetap sama. Menariknya 22.02.2022 ada banyak nombor 2.

Definition of palindrome: a word, verse, or sentence (such as "Able was I ere I saw Elba") or a number (such as 1881) that reads the same backward or forward.

Sesetengahnya percaya bahawa tarikh tersebut ada keistimewaan tertentu, particularly in numerology atau  astrology. Ada juga yang mengambil peluang tarikh yang cantik dijadikan sebagai hari bahagia seperti majlis tunang, nikah kahwin dan sebagainya. Senang nak ingat, kann...

Untunglah siapa yang birthday 22 Februari tahun ni. Nombor cantik. Kita yang bukan birthday harini atau bukan nak sambut majlis apa apa, anggap tarikh ni biasa biasa je lah. Hanya simple a moment in time gitu.