Jerat, sebuah telefilem ulang siaran akan ditayangkan di Slot Cerekarama TV3 Sabtu ini 14 Ogos 2021. Telefilem Jerat menampilkan lakonan Adam Lee, Mona Alen dan ramai lagi di bawah arahan Sharidan Popeye.

Telefilem Jerat Cerekarama TV3

TELEFILEM JERAT

Waktu tayangan : 14 ogos 2021 (Sabtu) , jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Sharidan Popeye
Produksi : Electrovision Sdn Bhd

SINOPSIS JERAT

Mengisahkan tentang tiga sahabat Iris, Najihah dan Angie yang berusia sekitar 30-an. Mereka semua rapat atas dasar kerja. Iris, anggota polis berpangkat inspektor. Angie seorang wartawan. Najihah pula seorang peguam hebat. 

Tiga padanan profession ni secara tak lansung sentiasa saling bekerjasama menyelesaikan banyak kes jenayah terutama pemerdagangan manusia. Dalam masa yang sama, Iris sibuk dalam membuat persiapan perkahwinananya dengan Faris seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Selepas berkahwin dan pulang dari berbulan madu, Iris dikejutkan oleh berita kematian dua sahabatnya iaitu Angie dan Najihah. 

Kehilangan mereka membuatkan Iris bangkit untuk mencari pembunuh sahabatnya dengan bantuan Faris. 

Iris yakin kes pembunuhan Najihah dan Angie ada kaitan dengan kes yang sedang dalam disiasatnya. Siasatan tersebut membawa Iris kepada suspek utama.

PELAKON DAN WATAK

  • Adam Lee sebagai Faris
  • Mona Allen sebagai Iris
  • Julia Farhana Marin
  • Nina Kho
  • Ridzuan Hashim
  • Lan Siro
  • Cha Oi