Seawal pukul 8:00 pagi dah menantikan acara Keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 di hari terakhir. Tak sabar nak tengok semi final dan final acara Keirin yang menampilkan atlet pelumba basikal negara Dato’ Mohd Azizulhasni bin Awang, The Pocket Rocketman.

Impian rakyat Malaysia Dato' Azizulhasni Awang @Dato Jijoe akan mendapat pingat emas untuk Malaysia di hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020. The Pocket Rocketman kita berjaya mendapat pingat Perak untuk Malaysia. Syabas!

Syabas Pocket Rocketman, Dato' Azizulhasni Awang Pingat Perak Olimpik Tokyo 2020
sumber : RTM


Anda adalah hero Malaysia. Champion! Terima kasih Berjaya menambah satu lagi pingat buat Malaysia. Berdebar betul tengok acara tadi. Jauh betul gap dengan Jason Kenny pemenang pingat emas. Mujur The Pocket Rocketman pecut habis.

Disebalik kemenangan The Pocket Rocketman, ada kisah sedih dan gembira. Sebak betul dengar masa beliau ditemuramah.

Sejak dari sekolah lagi terpaksa berkorban berjauhan dengan mak ayah di kampung berjuang training di tempat orang. Mak tinggal sorang jaga ayahnya yang mild stroke. Berjauhan pula dengan isteri dan anak anak di Melbourne dimana Melbourne ni pusat latihan berbasikal paling terbaik.

Beliau nangis, kita pun rasa nak ternangis pulak. Kemudian baru dapat tahu yang isterinya mengandung anak ketiga, itu adalah berita gembira disebalik kejayaan beliau hari ni. Alhamdulillah.

Syabas dan untuk Dato' Azizulhasni Awang. Kalau Olimpik Rio 2016 dapat gangsa, Olimpik Tokyo 2021 dapat perak. Tak mustahil emas pula di Olimpik Paris 2024.

Tahniah juga untuk atlet pelumba basikal Mohd Shah Firdaus yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang memberi saingan dan semangat juang demi Malaysia walaupun terlibat dalam kemalangan untuk kelayakan suku akhir.

Come back stronger untuk Olimpik Paris 2024.

Biodata lengkap Azizulhasni Awang

  • Dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Dungun, Terengganu
  • Anak kelapan daripada sembilan adik-beradik
  • Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil.
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Deakin, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan.
  • Memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. 
  • Bapanya memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pencapaian Dato' Azizulhasni Awang

Track Cycling World Ranking
2008/09 – 1st Keirin
2010/11 – 1st Keirin

Kejohanan Dunia
2009 – Sprint
2010 – Keirin
2015 – Keirin
2016 – Keirin
2017 – Keirin
2020 – Keirin
2020 – Sprint

Sukan Asia
2010 – Keirin
2018 – Sprint
2018 – Team sprint
2018 – Keirin

Sukan Komanwel
2010 – Team sprint (bersama Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin)
2014 – Keirin

Sukan Olimpik
2016 – Keirin
2020 – Keirin

sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang

Penutupan Sukan Olimpik Tokyo 2020 jam 6:00 petang ini. Dalam masa yang sama kita tengok MotoGP. Support Hafizh Syahrin di perlumbaan Moto2. #StyrianGP 

Majulah sukan untuk negara.