Pagi ni rasa sebak, sedih, emosi terganggu selepas mendengar perkhabaran Siti Sarah telah meninggal dunia melalui instagram Shuib Sepahtu.

Sejak Siti Sarah dimasukkan ke ICU, selepas melahirkan anak melalui pembedahan. Selepas terpaksa ditiarapkan, Keadaan Siti Sarah turun naik stable. Saya pasti bukan saya saya saja yang ternanti nantikan update dari Shuib.

Semua menantikan perkhabaran baik dari Shuib tentang Siti Sarah. Satu Malaysia mendoakan Siti Sarah kembali sedar selepas ditidurkan dan oksigen level turun naik.

Allah lebih menyayangi Siti Sarah. Perginya selepas melahirkan anak, bertarung nyawa dengan jangkitan virus COVID yang jahat.

Selepas pemergiannya, semasa hayatnya banyak amal kebajikan yang baru kita tahu. Pemergiannya yang dicemburui ramai.

Hilang kata, hanya mampu terdiam dan mendoakan semoga seluruh ahli keluarga arwah kuat menghadapi dugaan yang maha hebat. Anak yang baru lahir tidak sempat merasa kasih sayang seorang ibu. Masih lagi memerlukan pemantauan khusus disebabkan lahir pramatang.

Anak anak dirumah menantikan ibu balik rumah. Kesetiaan seorang suami yang yakin bidadari syurganya akan balik rumah. Susah senang bersama. Banyak ujian buat mereka.

Marilah kita sama sama doakan keluarga yang ditinggalkan mendapat ketenangan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Semoga Allah berikan taman syurga buat Allahyarhamah, seorang isteri solehah, ibu mithali, insan pemurah dan berakhlak mulia. 

Semoga pemergian Allahyarhamah menjadi contoh dan penyebab terbukanya hidayah dan taufiq pada kita semua untuk menuju Allah dan berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah bermanfaat dan hidup ikut hukum syariat. 

Siti Sarah Raissuddin

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia.

وَاَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قُبْرَهَا رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ، وَلَا تَجْعَلْ قُبْرَهَا حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ
Ya Allah, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman-taman syurga-Mu.

Semoga semua umat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW :

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ

Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.
- Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)

Al Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raissudin

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

COVID is real. Ramai yang telah kehilangaan ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19. Banyak juga kes ibu mengandung, ditidurkan dan perakhirannya begini. 

Cuma Allahyarhamah Siti Sarah lebih dikenali ramai. Semoga para ibu yang sedang bertarung dan mereka yang bertarung nyawa melawan COVID terus kuat dan kembali sembuh. Aaaminnn...

Sebak yang tak dapat digambarkan. Ramai yang datang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarhamah di tanah Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.