Hari Khamis lepas dapat panggilan dari kakak. Balik tak? Abah dah teruk, dah tenat. Terus panic attack! Sebelum tu kakak sorang lagi dah plan nak buat virtual bacaan Yassin adik beradik semua. Tak sangka pulak keadaan abah macam tu sebab mak tak ada pulak bagitahu apa-apa masa call sehari sebelum tu.

Mungkin sebab tak nak anak anak risau kot. Abah dah mula merepek. Nak balik rumah lah, padahal memang kat rumah. Keadaan abah separa sedar dengan beberapa hari tak tidur malam. Melawan sakit kanser yang dah merebak.

Kita kalau tak tidur malam berhari hari pun akan rasa pening dan stress. Inikan pulak pesakit kanser. Saya sampai kampung,  abah separa sedar. Tak boleh tidur, tapi dia mintak nak makan ubat tidur. Saya berikan ubat tidur yang doktor bagi. Makan bila perlu.

Abah tidur. Esok pagi tu tak sedar lansung. Doktor datang rumah, masuk air dan check keadaan abah. Mujur jugalah ada doktor yang boleh datang rumah. Kalau bawak hospital dah tentu tentu lambat prosesnya.

Saya tanya doktor kesan ubat tidur tu. Doktor kata kesan tu lebih kurang 8 jam macam tu. Tapi abah dah tidur lebih dari 8 jam. Tak sedar sedar. Kejut tak nak bangun.

Risau dah! Ubat tak makan, makan pun tidak. Mana nak datang tenaga macam tu.

Dah petang sikit baru abah terjaga lepas 2 botol air masuk dalam badan. Mengadu sakit. Tak puas hati tengok dripping air tu slow sangat katanya. Rimas dengan tiub air tu. Seboleh bolehnya nak bukak. Sampai ada darah dalam tiub tu sebab abah tak reti diam. Tak selesa!

Keep Strong
 
Bila dah masuk air 2 botol, barulah dia ada tenaga sikit. Makan pun sikit je. Tak ada selera pun ye jugak tu. Paksa juga makan walaupun sesuap. Dia nak makan buah itu ini bagi je lah. Patutnya kena pantang. Tapi kadang dia nak jugak. huhu...

Check gula, tudiaa tinggi sampai 20 kot. Lepas makan buah pulasan kalau tak silap. Check blood pressure, ikutkan dari kata mesin tu normal tapi sebenarnya rendah. Risau lagi.

Selepas beberapa jam. Abah dah boleh bercakap di paras normal dan sedar. Tapi sepatah sepatah jawabnya. Nak sembang kencang memang tak lah. Baru lah dia boleh cam semua orang. Kalau tidak, mamai tak kenal siapa. Kita cakap dia tak faham. Dia cakap pun kita tak faham.

Alhamdulillah keadaan abah ada perubahan positif. Tengok keadaan abah okay sikit barulah rasa lega nak balik rumah. Sebak rasa bila abah gigih jalan sampai luar rumah nak hantar anak anak balik.

Saya pun dapat kebenaran balik kampung 3 hari je. Syukurlah Polis pun memudahkan urusan bila ada emergency ni.

Risau juga sebenarnya nak balik tu. Ye lah kita tak tahu keadaan kita kan. Doa semoga Allah lindungi saya dan keluarga. Adik beradik lain pun balik juga tapi balik tanpa anak anak lah. Polis bagi 2 orang je kalau rentas negeri. Plus, semua dah vaksin 2 dos.

Rasa lega betul bila abah dah kembali segar walaupun tak kuat sangat berjalan tu. Dia nak makan dan boleh bangun bergerak pun dah kira bersyukur sangat. Mungkin dapat jumpa anak anak yang dah lama tak balik tu satu 'ubat' untuk abah sihat.

Tu sebabnya saya menghilang tanpa update. Mood down dan emosi terganggu. Dapat balik kampung sekejap pun banyak kerja nak dibuat. Kemas rumah luar dalam sebab mak pun tak larat nak buat kerja dah lepas operation potong jari kaki tu nak berjalan pun rasa sakit.

Balik kampung pun tak dapat rehat. Tidur pun tak cukup. Walaupun macam tu, satu kelegaan juga dapat balik kampung reduce stress otak yang dah tepu ni. Dapat tengok mak abah. 

Balik rumah semula baru dapat berehat kejap sebelum sambung kerja lain. Doakan semoga abah saya terus kuat dan kembali sihat. Aaminnn...

Buat masa ni kalau badan masih lemah, rutin dia kena masuk air jugak. Selain makan ubat dan bergantung pada ubat tidur untuk rehat.

Maaf belum sempat blogwalking dan balas kunjungan. Harini apa cerita pulak dengan Malaysia ni. Harap 'abah' kekal menjadi 'abah'.