Siapa suka takoyaki? Kita geng! Sesekali dapat makan takoyaki memang nikmat. Nak beli selalu memang taklah. Takoyaki ni bukan murah. Sesekali makan boleh lah sekadar teringin macam tu. Nak makan selalu rasa tak sanggup juga lah.


Takoyaki 

Takoyaki sejenis makanan snek jepun yang berbentuk bebola bulat yang diperbuat daripada tepung gandum menggunakan kuali takoyaki khas. 

Dalam bebola takoyaki biasanya di isi dengan pelbagai jenis isi seperti sotong kurita, udang, isi ayam dan lain-lain lagi.

Di atas takoyaki diletakkan sos takoyaki dan mayonis. Kemudian ditaburkan dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering atau dikenali dengan nama bonito fish flakes.

Begitulah ringkasan tentang takoyaki.


Sebelum ni saya pernah beli takoyaki, rupa dia asal boleh. Yang hanya nampak sekadar bebola bulat dan sos sahaja. Tapi kali ni dapat takoyaki yang meriah dengan segala accesories lengkap atasnya. Ini barulah takoyaki sebenar.

Eh belum sebenar lagi. Yang sebenar tu kena lah cuba di Jepun. The real one. Tapi kenalah check dulu halal ke tidak kat sana tu.

Takoyaki Snek Jepun

Puas hati bila membeli takoyaki yang sebegini rupa. Peniaga tak kedekut segala apa yang perlu ada dalam hidangan takoyaki. Isi padat dan bukan inti oksigen.

Inti campur-campur. Ada sotong, udang, ayam, ketam, ayam dan daging. Boleh pilih rasa original, spicy atau cheese.

Sangat berbaloi beli Takoyaki Jalanan Sikamat bersebelahan Family Store Sikamat ni. Biasanya akan beli pakej 12 biji RM10 untuk makan berdua. Itupun rasa tak puas makan sebab sedap. 

Makan takoyaki ni sekali hadap je boleh habis.