Dah rasa cempedak McFlurry? Cempedak McFlurry, aiskrim McD terbaru 2021 yang telah dikeluarkan sejak 23 Julai 2021 yang lepas. Tak ada lah baru sangat kan. Lama dah. Cuma baru sekarang saya dapat rasa McFlurry baru ni.

Aiskrim McFlurry ni kejap kejap keluar perisa baru. Sampai tak terkejar nak rasa yang terbaru. Mana yang sempat rasa je lah.

Sebenarnya tak tahu pun ada McFlurry baru. Tahu tahu je encik suami bawa balik Cempedak McFlurry ni. Rezeki saya jugalah dapat merasa Cempedak McFlurry.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Macam menarik juga aiskrim McDonald's® terbaru ni menampilkan perisa buah tempatan Malaysia. Buah Cempedak kot kan. Kedengaran agak pelik dan curious nak tahu rasa aiskrim cempedak.

Gabungan aiskrim vanilla dengan syrup (air gula) perisa cempedak. Ada rasa serat dan isi cempedak kisar kasar bersama syrup.

Sebelum ni tak silap saya ada McDonald's® ada keluarkan Durian McFlurry. Memang tak sempat lah merasa. Dah berlalu pergi.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Sedap ke Cempedak McFlurry ?

Sedap! Suapan pertama pun dah boleh rasa sedap dia. Tak rasa pelik pun. Mulanya macam rasa cempedak goreng bila rasa syrup tu. Memang terasalah rasa cempedak sebenar tu. Rasa manis cempedak yang sedap.

Sedap gabungan syrup cempedak dan aiskrim vanilla ni rupanya.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Lagi sedap kalau cempedak syrup dia letak banyak sikit. Tak muak makan. Suka dengan tekstur aiskrim McFlurry yang halus dan sedap. Tak pernah mengecewakan so far. Harga RM7.08. Okaylah tak mahal sangat. Saya kongsi makan berdua.