1 Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, Perpindahan Nabi dan Umat Islam, Dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Masih ingat lagi lirik lagu maal hijrah menyingkap sejarah yang akan dinyanyikan setiap kali tiba Awal Muharram waktu sekolah dulu. 

Kita akan menyambut Awal Muharram, 1 Muharram 1443 H bersamaan dengan 10 Ogos 2021 Hari Selasa. Awal Muharram adalah salah satu hari kebesaran dalam Islam. Awal Muharram Malaysia juga merupakan cuti umum bagi seluruh Malaysia.

Awal Muharram

1 Muharram menandakan bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. Hari awal Muharram akan disambut oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Tahun Hirjah merupakan tahun Islam yang telah dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Konsep Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah. Dalam kehidupan zaman kini konsep hijrah perlu difahami dan memanfaatkan sebaiknya.

Amalan bulan Muharram

Amalan yang boleh kita dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat. Anjuran berpuasa sunat pada 9, 10 dan 11 Muharram. 

Dalam kita bersemangat untuk berpuasa sunat pada Hari ‘Asyura, kita juga sering diingatkan untuk turut berpuasa pada Hari Tasyu’a iaitu hari sebelum (9 Muharram) atau hari selepasnya (11 Muharram).

  • Isnin
30 Dzulhijjah | 9 Ogos 2021
Puasa akhir tahun Hijriyah
Ba’dha ashar membaca doa akhir tahun dan ba’dha maghrib membaca doa awal tahun.

  • Selasa
1 Muharram | 10 Ogos 2021
Puasa awal tahun Hijriyah

  • Rabu
9 Muharram | 18 Ogos 2021
Puasa Tasyu’a

  • Khamis
10 Muharram | 19 Ogos 2021
Puasa hari Asyura

Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa akhir tahun hijrah di baca 3 kali selepas waktu asar sehingga sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun Hijrah

Doa awal tahun pula dibaca 3 kali selepas waktu maghrib pada 1 Muharram.

Doa Awal Tahun Hijrah

Tema Maal Hijrah 1443HMalaysia

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H tahun 2021 adalah " Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti". 

Pemilihan tema "Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti" bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.

Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan.

Lirik lagu Maal Hijrah menyingkap sejarah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman…

Selamat Menyambut Awal Muharram 1443H. Semoga kita dapat berhijrah kepada kehidupan dan amal yang lebih baik.