Telefilem 6 hari, telefilem 2020 ulang siaran pada Sabtu ini 3 Julai 2021 jam 9:00 malam di saluran Astro Citra. Sebuah telefilem arahan Yusry Abdul Halim yang dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020.

Telefilem 6 Hari Astro Citra

TELEFILEM 6 HARI

Waktu siaran : 3 Julai 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra | Citra HD
Pengarah : Yusry Abdul Halim

SINOPSIS TELEFILEM 6 HARI

Mengisahkan tentang Suzi (Lisa Surihani) yang bahagia sebagai isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya bernama Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya akan pulang ke rumah setiap enam hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isterinya yang lain.

Kehidupannya berjalan seperti biasa sehingga kemunculan semula bekas teman lelakinya, Faizal (Yusry A. Halim) datang ke rumah. Faizal juga merupakan seorang bekas banduan yang baharu sahaja dibebaskan setelah dipenjarakan selama lapan tahun.

Suzi yang kini sudah berubah menjadi seorang muslimah tiada pilihan lain dan terpaksa menerima kehadiran Faizal yang tidak diduga kerana bekas teman lelakinya itu telah mengugut untuk memberitahu kisah jenayah mereka kepada Ismal.

Suzi juga sering berhubungan dengan kawan baiknya, Linda (Neelofa) untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dalam usaha menyelesaikan konflik tersebut.

Apakah yang akan berlaku? Adakah Ismal akan mengetahui sejarah silam Suzi? Adakah Faizal akan melepaskan Suzi dan melupakan segala yang berlaku di antara mereka?

PELAKON DAN WATAK

  • Lisa Surihani sebagai Suzi
  • Yusry Abdul Halim sebagai Faizal
  • Dato Aaron Aziz sebagai Ismal
  • Neelofa sebagai linda