Semasa menulis entri ni semacam déjà vu. Rasa macam pernah berada di tempat yang sama, waktu yang sama, keadaan yang sama. Déjà vu, siapa je tak pernah alaminya. Semua orang pernah kot. Tapi bukan itu tajuk utama dia. 

Nak cerita pasal Spaghetti Carbonara Asbol. Tahu tak Asbol tu apa? Asal boleh namanya. 

Sebenarnya tengah fokus buat design menu makanan. Tengok gambar makanan italian food and western, rasa terliur pulak kita wak. Tak boleh jadi ni. 

Terus scan memori dalam kepala ni, ingat apa yang ada kat dapur. Hebat kuasa perempuan ni kalau nak tahu. Segala pelusuk dapur dia tahu mana celah duduknya barang barang dapur termasuk yang dalam peti ais. Betul tak?

Stop kejap buat kerja design. Jomlah ke dapur. Mintak tolong husband rebuskan spaghetti sebab nak buat spaghetti carbonara super duper creamy style gaul sekali tu. Tak perlu asingkan sos.

Spaghetti Carbonara

baca juga : resipi spaghetti carbonara super creamy nyummy

Tak cukup bahan sangat pun sebenarnya. Bawang holland pun nan hado. Guna bawang biasa pun boleh. Waktu terdesak ni kena kreatif gunakan apa yang ada.  Stok cheese dan susu segar pun ada, sos carbonara pun tinggal separuh botol lagi.

Bila bergabung slice cheese, susu segar dan sos carbonara tu jadi pekat likat lah sos carbonara tu. Ada mushroom soup lagilah sedap penambah rasa dia. Tapi tak ada, tak letak pun takpe. Tambah accesories udang seketul dua dengan capsicum hijau yang stok tinggal hujung hujung. 

Eloklah kita habiskan mana stok yang ada. Dari terbiar membusuk, baik kita gunakan. Kadang tu beli satu, gunanya sikit je. Lepas tu buntu tak tahu nak gunakan masak apa lagi.

Kebetulan ada extra chilli flakes dominos. Kita taburkan je atas spaghetti. Mixed herbs saya taburkan sikit untuk tambah seri food plating. Padahal dah siap siap letak dalam adunan sos tu. Asal boleh je lah. Kita sendiri yang nak makan pun. Ikut selera kita. Tak gitu?

Waktu makan sekarang pun tak menentu. Tak macam PKP1.0. Sekarang ikut konsep makan bila lapar. Masak bila lapar. Bila dah makan pagi kenyang membawak sampai ke petang. Minum petang merangkap makan malam.