Selamat Hari Raya Aidiladha. Tarikh Hari Raya Aidiladha 2021 di Malaysia tahun ni jatuh pada 20 Julai 2021. Ada yang cuti Hari Raya Aidiladha ni tak? Hari raya tahun 2021 ni agak hambar sebab tak semeriah sebelum dunia dilanda COVID-19.

Tahun lepas merasa juga balik kampung masa Hari Raya Aidiladha sebab boleh merentas negeri. Lepas tu dapat balik kejap je sebab mak warded. Sampai sekarang tak berpeluang nak balik kampung. Tunggu lepas habis PKP lah nampaknya.

Waktu tu harapnya kes tak tinggi macam sekarang. Hari Raya Aidiladha ni kita duduk rumah diam diam je lah. Jangan kesana kesini tanpa hala tujuan. Nak kena saman ke nak kena COVID?

Dengar-dengar lepas raya ni Perdana Menteri kita akan umumkan sesuatu. Mungkin juga ada berita baik untuk mereka dah terima 2 dos vaksin. Akan diberi kelonggaran boleh rentas daerah/negeri katanya. Kita nantikan saja.

Hari Raya Aidiladha

Dalam bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Aḍḥa, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji adalah hari perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari ini diraikan bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Nabi Ismail demi menurut perintah Allah.

Bagaimanapun, Allah telah menggantikan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai gantinya. Sebagai memperingati peristiwa ini, haiwan dikorbankan secara rutin. Sepertiga daging mereka dimakan oleh keluarga yang melakukan korban. Selebihnya dibahagikan kepada orang miskin dan yang memerlukan.

Dalam Takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah, dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Hari Raya Aidiladha disambut bermula dengan takbir Aidiladha pada 9 Zulhijjah selepas solat subuh. Disusuli dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah. Kemudian barulah sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, yang dikenali sebagai Hari Tasyrik.

Cerita Satu Pagi Di Hari Raya Aidiladha

Pagi raya baru masak rendang. Mulanya macam malas nak masak nak order foodpanda je. Tapi TERmasak rendang ayam juga dengan pulut kuning. Masak lebih kononnya nak bagi jiran. Tapi jiran tak ada pulak pergi cucuk vaksin, lepas tu agaknya stay rumah anak dia kot. Takpelah, kita simpan makan sendiri ulang sampai malam.

Husband solat sunat raya sorang pagi ni. Saya cuti. Syukur semalam selepas habis puasa. Lepas tu bervideo Call dengan family, then baru lah ambik gambar sekeping dua. Itupun tak ada mood sebab semua gambar saya nampak gemuk. Kah! Terus tak ada mood. PMS pun iye jugak. Tak ada lah OOTD sangat.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Nah gambar candid dan tak formal sekeping dua dengan tema kuning si ceria. Abaikan kegemukan kami, bila nak mengkurus tak tau



Harini juga birthday mak mentua. Dah siap siap order brownies 2 hari lepas, baker pun dah selamat hantar. Order sekali food delivery by foodpanda untuk birthday anak buah esok. Esok dia dah masuk kerja. Alang alang cuti hari, hantar sekali lah untuk makan dihari raya tak dapat balik rumah.

Dah berposing tak sakan sangat. Lepas tu bukak uniform raya dan tidur. Sakit perut 'yang itu' memang tak boleh bawak bincang. Rasa macam dah lama tak tidur siang lama. Itu yang sepi sikit blog harini. Dah malam rasa okay sikit barulah update dan blogwalking. 

Cerita raya yang serba ada apa adanya. Rendang ayam dan pulut tu pun tak sempat nak digambarkan. Haiyaaaa..