Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut, filem melayu hantu seram komedi lakonann Amerul Affendi, Shuk Balas, Mark Adam, Tasha Shila dan ramai lagi. Filem Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut akan ditayangkan pada 8 Julai 2021 di saluran 480 Astro First

Filem Jangan Takut : Kau Takut Aku Pun Takut Astro First 480

FILEM JANGAN TAKUT KAU TAKUT AKU PUN TAKUT

Tarikh tayangan : 8 Julai 2021
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : CMA Media, Astro Shaw

PELAKON DAN WATAK

  • Amerul Affendi sebagai Dol
  • Shuk Sahaa
  • Mark Adam
  • Tasha Shilla sebagai Malaika
  • Dalimawati sebagai Nenek
  • Ropie
  • Jasmin Hamid
  • Syaiful Zero
  • Kamarool Haji Yusof sebagai Pengarah
  • Bell Ngasri sebagai Production manager
  • Wan Hanafi Su sebagai Datok
  • Azlee Senario sebagai Tok bomoh
  • Donna Muslim

SINOPSIS JANGAN TAKUT KAU TAKUT AKU PUN TAKUT

Mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung. Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu. 

Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing.Kemudian Sarip, Dol dan Leman tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka telah menahan dan menumpang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis bernama Malaika. 

Dalam perjalanan, Sarip mengajak untuk bermain satu permainan iaitu mereka perlu berkongsi kisah seram dan jika sesiapa rasa takut maka orang itu perlu keluar daripada kereta tersebut.

Sarip dan Leman masing- masing menceritakan kisah seram tetapi tidak ada sesiapa pun yang rasa takut, bahkan mereka terhibur dengan cerita-cerita tersebut. 

Tiba giliran Dol untuk bercerita, tetapi Malaika terus menceritakan satu kisah seram sehingga membuatkan mereka bertiga seram.