Antaramasa, sebuah filem sains fiksyen tempatan lakonan Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Tania Hudson, Indi Nadarajah, Riezman Khuzaimi, serta penampilan istimewa Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.

Filem Antaramasa berkonsepkan pengembaraan masa (time travel) terbitan Lux Ambiance Media Production di bawah arahan Ramdan Che Hassan yang ditayangkan pada 1 Julai 2021 di saluran 480 Astro First.

Filem Antaramasa Astro First 480

FILEM ANTARAMASA

Tarikh tayangan : 1 Julai 2021
Pengarah : Ramdan Che Hassan
Produksi : Lux Ambiance Media Production

SINOPSIS ANTARAMASA

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Asri berkelulusan sarjana dalam bidang sains fizik telah mencipta sebuah mesin tenaga abadi (mesin masa). Mesin tersebut tidak akan habis menjana tenaga tanpa menggunakan bahan mentah.

Mesin masa ciptaan Asri berjaya membawa Asri kembali ke masa lalu. Dia menggunakan mesinnya itu beberapa kali untuk kembali ke masa lalu untuk memulihkan hubungan dengan kekasihny, Malisa.

Setiap kali Asri kembali ke masa lalu, setiap langkah dilakukan untuk mengubah nasibnya. Asri mengubah sejarah hidup bukan saja untuk dirinya tetapi untuk seluruh garis masa alam yang sentiasa menghalang cintanya.

Tanpa sedar, sebenarnya Asri telah mencipta sebuah paradoks masa dan dunianya telah berubah. Adakah Asri mengubah garis masanya sendiri? Adakah semuanya hanya takdir?

PELAKON ANTARAMASA

  • Josiah Hogan
  • Kaka Azraff
  • Adam Shahz
  • Tania Hudson
  • Indi Nadarajah
  • Aziz M.Osman
  • Riezman Khuzaimi
  • Aleeza Kasim