On the way balik rumah selepas membeli dan blah, perut rasa lapar pulak. Padahal baru je lepas berbuka sebelum keluar tu. Kononnya dapat lah membeli makanan masa kat AEON tu tapi dah terlambat, kedai pun dah tutup. Balik dengan kecewalah kita.

Macam teringin makan smokey grill chicken Sobrian. Western food terpaling sedap yang pernah saya makan dan berkali-kalai repeat order. Masa PKP1.0 tahun lepas kerap juga order sebab dekat. Tapi sejak kedai dia pun dah berpindah tak jauh mana dah jarang order. 

Jarang order sebab delivery by foodpanda lebih mahal. Kalau dulu harga Smokey Grill Chicken RM11 je. Sekarang beli terus di kedai RM12. Dah naik RM1. Kalau order food delivery by foodpanda RM17.90 macam tu. Jauh beza kan?

Lagi satu jarang order terus ke kedai sebab ramai gila orang kat kedai. Dah 2 kali jugak husband pergi balik dengan kecewa sebab ramai orang. Tak gigih nak menunggu. Kebetulan semalam balik rumah lebih kurang pukul 10 lebih macam tu tak ramai orang pun. Yang ada satu meja dah siap makan.

Tak lama menunggu. Kira rezeki saya lah dapat makan makanan favourite yang dah lama tak makan. Rasa smokey grill chicken maintin sedap tapi...

Smokey Grill Chicken Sedap Seremban

Saya perasan saiz ayam tu macam  lebih kecil daripada yang saya pernah makan sebelum sebelum ni. mungkin stok ayam dia kecil kot. Tapi itulah tak sepadan dengan harga. Kecewa jugalah sikit tak puas makan rasanya kalau portion comel. Mujurlah dia maintain sedap.

Sos dia pun kena dengan tekak. Tak kedekut sos black pepper. Cuma saiz ayam tu je lah yang kurangnya. Sama juga dengan ayam KFC yang makin meengecil. Itulah kan, stok ayam mentah ni bergantung pada supplier juga. 

Sos Blackpepper Smokey Grill Chicken Sedap

Biasa kalau beli ayam kat Kipmart, harga bergantung pada saiz ayam. Macam tu kira okaylah dari kita beli saiz kecil tapi harga besar. Peniaga makanan pun tak dapat nak buat apa lah kalau dapat stok ayam kecil. Tetap jual dengan harga yang sama.

Dari segi rasa memang saya recommend lah untuk mencuba. Pada saya sedap! Kalau singgah di seremban boleh lah cuba makan makanan western di Sobrian Smokey Grill. Mac & Cheese dia pun sumpah sedap! Murah pulak tu RM10. Itu harga dulu lah. Sekarang tak tahu berapa.

Promote sebab sedap bukan berbayar ye. 

Sobrian Smokey Grill

Lokasi : 761, Jalan Ujong Pasir 1, Kampung Ujong Pasir, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu perniagaan :
  • Ahad 5:30–11pm
  • Isnin TUTUP
  • Selasa 5:30–11pm
  • Rabu 5:30–11pm
  • Khamis 5:30–11pm
  • Jumaat 5:30–11pm
  • Sabtu 5:30–11pm
Contact : 011-5773 0562