Mendengar berita orang lain mengandung, kita tumpang happy. Tapi yang tak bestnya bila kita meluahkan perasaan tentang anak ada pula yang suruh 'kahwin' lain. Cuba dia di tempat kita, nak ke dia kahwin lain? Itu nasihat yang paling teruk pernah saya dapat.

Takpe, saya anggap dia bergurau. 

Tahniah Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani bakal menimang anak ketiga. Yusry, pengarah dan pelakon baru mendapat gelaran Datuk baru-baru ni. Tambah pula rezeki dapat anak. Rezeki untuk dia.

Datuk Yusry juga telah mengesahkan berita Datin Lisa Surihani hamil susulan ramai peminat mula mempersoalkan bentuk badan Lisa yang kelihatan seperti berbadan dua  dalam sekeping foto yang dikongsikan di laman sosial sempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka berdua.

Yusry dan Lisa Surihani Bakal Timang Anak Ketiga
sumber : google



Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani kini mempunyai anak sulung perempuan yang bernama Yahaira Leanne, 6 tahun dan Yusof Leonne, 4 tahun. Apakah nama baby YL mereka lepas ni. 

Apa yang membuatkan saya tersentuh hati baca caption Yusry adalah part "Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka."

Aaminnn..terima kasih atas doa itu.
Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gmbr sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung. Pd hari ini , ada reporter mintk pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dgn fikiran, mungkin kali ini, “tk perlu utk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”. Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat. Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, byk lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua.



Berita kehamilan ni memang eloklah tuan badan dan pasangan yang sahkan. Jangan orang lain pula yang buat cerita. Kesian apa yang terjadi pada Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Isu kehamilan ni adalah privacy selagi mana pasangan tu belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tu.

Saya juga mendoakan semoga pasangan yang masih belum mempunyai anak seperti saya akan mempunyai zuriat sendiri nanti. Semoga Allah izinkan dan berikan peluang itu. Aaamiinn....