Telefilem "SALOMA" akan ditayangkan semula sabtu ini 20 Februari 2021 di Astro Citra, jam 9:00 malam. Dibintangi oleh Nabila Huda, Tony Eusoff, Sazzy Falak , Hasnul Rahmat, Lydiawati dan ramai lagi.

Saloma adalah siaran ulangan yang pernah disiarkan sebelum ni. Bagi yang belum pernah menonton saloma, saksikan karya dari Melissa Saila ini. Boleh strim On Demand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box.

Telefilem Saloma
sumber : astro citra

TELEFILEM SALOMA

Waktu Tayangan : 20 Februari 2021(Sabtu), jam 9:00malam
Siaran TV : Astro Citra CH108, CH128
Pengarah: @melissa.saila.by.oil.means
Penulis skrip : Megat Fauzi Md Isa
Penerbit : Kus Semangat Aktor
Durasi : 120 minit

PELAKON SALOMA

  • Nabila Huda
  • Tony Eusoff
  • Sazzy Falak
  • Hasnul Rahmat
  • Putri Balkish
  • Lydiawati
  • Noor Megat
  • Che Kem
  • Sharifah Amani

SINOPSIS SALOMA

Menceritakan tentang kisah kehidupan lagenda seorang biduanita yang bernama Saloma. Bermula dari zaman kecil, perpisahan ibu bapanya, mengejar impiannya dan percintaan yang penuh gemilang dalam liku kehidupannya.

Nama asal Saloma adalah Salmah Ismail sebelum menggunakan nama commercialnya, Saloma. Macamana namanya boleh bertukar menjadi Saloma, kena saksikan lah nanti.