Minggu lepas, dapat lagi surprise dari anak buah. Dapat surprise birthday gift. Punyalah dia nak berahsia sangat tak nak bagitahu hadiah apa. Tunggu sampai je katanya. 

Walaupun tahu dia poskan hadiah, siap bagi tracking number. Kira tak berapa surprise sangat.

Surprise tang hadiah dalamnya lah. Semalam pos, esoknya sampailah yang dikirimkan tu. Tak expect pun dia nak bagi hadiah apa sebenarnya.  

Sampai-sampai terus buka. Tak menyabar! Tak sangka, dapat hadiah ni kiriman dari Segamat. Dapat 2 batang lipstick wawa cosmetic Fruity Lipstick Edition, tent calendar, pouch bag dan hand mirror. (cover warna pink).

Surprise Birthday Gift

Ucapan tu manis potong kaki.  Orang Segamat miss you, maknanya satu segamat rindu tu. Hahaha. Sentiasa comel tu semestinya. 

Yeay! Dapat hadiah lipstick (lip tint). Macam tahu tahu je lah Ucu dah lama tak menyopping barang makeup. Sejak pandemik Covid-19 dan dah pencen review produk. Produk yang tinggal pun ada yang kurang guna sampai expired. Banyak dah terbuang masa dok kemas-kemas haritu.

Tak membeli barang barang makeup buat masa ni sebab nak beli pun bukan keperluan sekarang ni. Lagipun sekarang ni keluar pun kena pakai mask. Dah duduk rumah je tak kemana, buat apa nak membazir beli. Lainlah keluar hari hari dan bekerja kat luar. Itu lain lah ceritanya.

Happy me dapat hadiah lipstick, pouch bag dan hand mirror tu. Tak payah beli lipstick baru dah. Thank you for the surprise gift, anak buah! Baik cakap, ni bagi hadiah bodek bodek nak apa ni? :p Gurau gurau.

Alhamdulillah..dapat lagi hadiah. Selagi tak habis February, kita celebrate birthday month sampai hujung bulan. Siapa nak kirim hadiah lagi? Sila sila. Hehe...