Space Sweepers (Spaceship Victory), sebuah filem Korea Selatan berlatar berkisarkan tentang Angkasa lepas. Filem Space Sweepers dibintangi oleh Song Joong-ki, Kim Tae-ri, Jin Seon-kyu dan Yoo Hae-jin sebagai teraju utama di bawah arahan Jo Sung-hee.

Space Sweepers release date pada 5 Februari 2021. Ada yang dah tengok? Tengok poster Space Sweepers ni terus teringat movie galaxy of guardians. Kan?

Space Sweepers
sumber : google

SPACE SWEEPERS

Mula tayangan : 5 Februari 2021
Pengarah : Jo Sung-hee
Penulis skrip : Yoon Seung-min, Yoo-kang Seo-ae, Jo Sung-hee
Produksi : Bidangil Pictures dan Dexter Studios
Pengedar : Netflix
Durasi :136 menit
Genre : Sci-Fi

Space Sweepers Cast /Pelakon Space Sweepers

Song Joong-ki sebagai Tae-ho 
Kim Tae-ri sebagai Captain Jang 
Jin Seon-kyu sebagai Tiger Park 
Yoo Hae-jin sebagai Robot Bubs
Richard Armitage sebagai James Sullivan 
Kim Mu-yeol sebagai Kang Hyeon-u 
Park Ye-rin sebagai Dorothy / Kang Kot-nim 
Space Sweepers Cast
sumber : asianwiki



Plot

Kisah berlaku pada 2092, bumi hampir tidak boleh didiami oleh manusia. Ramai yang telah melarikan diri dari bumi. UTS Corporation telah membina rumah orbit baru untuk manusia. 

Tapi, hanya yang terpilih dan layak sahaja boleh naik ke atas mengikuti kru sebuah kapal pemungut sampah ruang angkasa yang digelar The Victory.

Kehidupan mereka bertukar selepas mereka menemui seorang kanak-kanak yang bernama Dorothy yang sebenarnya adalah robot kanak-kanak humanoid yang terkenal sebagai senjata pemusnah terbesar.

Akibat dibebani dengan hutang dan ingin melunaskan hutang yang ada, mereka telah terlibat dengan urusan perniagaan yang berisiko dan mungkin bakal berlaku sesuatu yang lebih besar luar jangkaan lebih daripada apa yang mereka bayangkan.