Selamat Hari X Jadi, filem arahan Prof. Dato' Dr A.Razak Mohaideen bakal bersiaran pada 25 Februari 2021 di Astro Ria saluran 480. Dibintangi oleh Janna Nick, Issey Fazlisham, Zalif Sidek, Danial Zaini, Aaron Aziz, Nasha Aziz, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Di twitter, satu lagi poster yang dikatakan lebih kurang movie 'Happy Death Day 2U'. Adakah filem ni lebih kurang begitu? Kenalah saksikan. Tapi cerita Death Day 2u tu seram gila okay.

Selamat Hari X Jadi
sumber : google

FILEM SELAMAT HARI X JADI

Tarikh tayangan : 25 Februari 2021, Khamis
Siaran TV : Astro First 480
Penulis skrip : Azlan Syah Rashid
Cerita asal : Keoh Chee Ang
Pengarah : Dato’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen
Produksi : Multimedia Film Productions Sdn Bhd

PELAKON SELAMAT HARI X JADI

  • Janna Nick
  • Issey Fazlisham
  • Zalif Sidek
  • Nasz Sally
  • Danial Zaini
  • Aaron Aziz
  • Nasha Aziz
  • Eyka Farhana

SINOPSIS SELAMAT HARI X JADI

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar kolej yang nakal diketuai oleh Hani dan rakan-rakannya Aiden, Parpu, Boboi dan Didi. Mereka sangat terkenal dengan perangai nakal mereka yang suka membuat rakaman video ‘prank’ pelajar lain di kolej.

Semuanya berubah seorang pelajar yang bernama Puteri menjadi mangsa ‘prank’ Hani dan rakan-rakannya hampir membunuh diri akibat berasa sangat malu. Hani yang berhati kering dan lansung tak ada perasaan bersalah menganggap perbuatannya itu hanya trending. Dia mula diganggu oleh pembunuh misteri selepas kejadian prank Puteri.

Selepas beberapa insiden menyeramkan berlaku di rumah Hani. Akhirnya pembunuh misteri tersebut muncul dan berdepan dengan Hani bersama rakan-rakan lain pada hari jadi Hani yang ke 25.