Qalby app, aplikasi by Mizz Nina yang telah dilancarkan sejak bulan Disember 2020 yang lepas. Qalby app berkonsepkan gaya hidup Muslim terbitan Mizz Nina sendiri. Ada e-journal, waktu solat (solah), arah kiblat (qibla), Azan, bacaan Al-Quran, Koleksi doa (dua), Qalby TV dan banyak lagi.

App Mizz Nina ini juga salah satu apps solat terbaik, Apps Al Quran, Apps Azan Malaysia yang boleh digunakan pakai dengan percuma tanpa perlu bayaran dan tanpa iklan.

Qalby App Mizz Nina

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mewujudkan aplikasi Qalby untuk berkongsi pengetahuan dan keindahan Islam melalui media dan teknologi dengan menggunakan telefon pintar.

Qalby

Qalby bermaksud "hati saya @my heart" dalam bahasa arab. Qalby app menyediakan ilmu ajaran Islam yang sahih dan dipercayai untuk pembelajaran ilmu agama dan gaya hidup Islam.

Tagline Qalby adalah 'Ignite Your Heart with The Light of Iman' yang sumbernya adalah dari Al Quran dan sunnah untuk difahami dan diaplikasi kan dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan iman.

QalbyApp

  • E Journal
  • Solah
  • Qibla
  • Quran
  • Dua
QalbyApp Mizz Nina

E-Journal

Dalam e-journal boleh isi aktiviti harian atau nota-nota penting. Diari online kaedah dia. 

QalbyApp-E Journal

QalbyApp-E Journal

Solah-Waktu Solat

Dilengkapi dengan waktu solat mengikut lokasi secara automatik. Terdapat juga tarikh bulan Islam.

QalbyApp-Solah


Qibla

Penunjuk arah kiblat yang betul. Siap ada ditunjukkan berapa jauh jarak kita dari Kaabah. 

QalbyApp-Qibla

Quran

Bacaan Al Quran dengan terjemahan serta audio untuk bacaan Al Quran yang betul. 
QalbyApp-Quran

Dua

Terdapat koleksi bacaan doa harian untuk dijadikan amalan setiap hari.

QalbyApp-Dua

Qalby App Download

Qalby app boleh dimuat turun melalui Apple Store dan juga Google Playstore untuk pengguna iOS dan juga android.

Done download!

Qalby App Mizz Nina

Semoga apa yang dikongsikan dan diusahakan oleh baik Mizz Nina ini diberikan ganjaran pahala yang banyak sebagai saham di akhirat nanti. Sesuatu yang baik, dikongsi dan sama-sama dapat manfaatnya.

Memandangkan The Noor App by Neelofa masih belum boleh download melalui Google Play Store, jadi bolehlah juga download Qalby App Mizz Nina ni. Dua dua bermanfaat.

App Size : 127.9MB