Sebilangan besar negara kita sekarang sedang dalam keadaan terkurung. Tetapi, kita masih diberi pengecualian seperti keluar untuk mendapatkan rawatan dan juga untuk membeli-belah barangan runcit keperluan dapur.

Sedikit kelonggaran ini membuatkan kira rasa masih boleh bergerak tetapi dalam masa yang sama, tidak semua orang berani untuk keluar ke sana sini. Lagi-lagi untuk kawasan yang agak tinggi kenaikan kes jangkitan Covid 19 ini.

Grocery Delivery Foodpanda PandaMart


Tips Semasa Membeli Barangan Runcit Untuk Kita Praktik

#1 - Pilih Kedai Yang Tidak Sesak

“Elakkan orang ramai dan berbelanja dengan cepat”, ini adalah antara kata-kata nasihat yang diucapkan oleh Donald Schaffner, seorang ahli mikrobiologi makanan dan profesor terkenal di Rutgers University.


Beliau menasihatkan agar kita mencari kedai runcit yang menghadkan bilangan pembeli pada satu-satu masa dan menjauhkan diri pada jarak sekurang-kurangnya 6 kaki dari orang lain


#2 - Pakai Penutup Hidung dan Mulut (Pelitup Muka)

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit sentiasa mengesyorkan orang ramai agar sentiasa memandang serius pada etika memakai pelitup muka di tempat awam. Para peniaga turut diletakkan syarat supaya hanya membenarkan pelanggan yang memakai pelitup muka saja untuk masuk ke dalam premis.

Seriusnya kerajaan hingga mengenakan denda sehingga RM1000 jika gagal mengikut peraturan ini. Sesungguhnya syarat ini sangat bagus kerana ia secara tidak langsung dapat melindungi orang lain daripada kita sekiranya telah dijangkiti dan dapat juga melindungi diri kita dari orang lain yang telah dijangkiti.

Grocery Delivery Foodpanda PandaMart


#3 - Beli Barang Dalam Kuatiti Banyak Supaya Tidak Perlu Keluar Selalu

Ada juga yang menasihatkan supaya membeli barangan dapur dalam kuantiti yang lebih banyak supaya tidak perlu keluar dari rumah selalu. Tetapi pendapat ini tidak di persetujui 100% kerana ia dianggap boleh mencetuskan suasana panik.

Malah ada juga di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan tidak dapat menyediakan perbelajaan lebih dengan keadaan ekonomi dan pekerjaan yang agak kurang baik berbanding dulu.

Disebabkan itu, ada di antara kita yang mencari langkah lebih baik bagaimana untuk mendapatkan stok makanan dalam cara yang lebih selamat. Salah satu jawapan yang diterima adalah dengan cara membuat pesanan pembelian secara atas talian.

Jika dulu kita hanya sering menggunakan servis pemesanan dan penghantaran untuk makanan siap di masak, tetapi kini ia kelihatan lebih berkembang dan dari hari ke hari semakin ramai yang telah menggunakan servis grocery delivery ini.

Ada Banyak Pilihan Servis Penghantaran Barangan Runcit Di Malaysia

Servis penghantaran barangan runcit di Malaysia sudah lama ada sebenarnya. Malah, ada juga yang dinaik taraf dari premis fizikal kepada tambahan penghantaran barangan dengan pesanan secara online. Antara nama-nama perkhidmatan penghantaran barangan runcit ini ialah :

  • Jaya Grocer
  • Bigbox Asia
  • Redtick & Redtick Plus
  • TM Farms
  • Potboy
  • Happy Fresh
  • Tesco
  • Mydin
  • PG Mall
  • Organic 4u

Selain dari itu, Foodpanda yang terkenal dengan servis penghantaran makanan siap di masak turut menawarkan perkhidmatan pesanan secara atas talian berserta dengan servis penghantaran sehingga ke muka pintu rumah. Servis ini diberi nama Pandamart.

Grocery Delivery Foodpanda PandaMart


Pandamart bukan hanya ada beroperasi di Malaysia tetapi juga di negara Asia yang lain, di mana ada servis Foodpanda di sana khususnya. Sebagai contoh di Hong Kong, Jepun, Korea dan banyak lagi.

Pandamart mempunyai pelanggannya yang tersendiri dan setiap pesanan barangan runcit yang diterima akan diteliti setiap pesanan sebelum dihantar pada pelanggan.

Pelanggan boleh membuat pesanan makanan kering, ubat-ubatan, produk penjagaan diri, produk pembersih rumah dan banyak lagi.

Grocery Delivery Foodpanda PandaMart

Mahu dapatkan barangan memasak menu istimewa seperti kek dan sebagainya juga ada. Pendek kata, di Pandamart mereka sentiasa cuba memperbanyakkan jenis barangan runcit supaya para pelanggan terasa lebih mudah dalam berbelanja.