Hari ahad, hari untuk bersantai. Tak santai sangat lah sebab hari untuk mengemas lebih sikit dari hari biasa.

Hari untuk membeli barang dapur seminggu juga. Topup barang dapur mana yang dah habis. Kalau beli barang basah, lagi lama lah duduk kat dapur tu.

Cerita malam tadi, teringin nak makan nasi lemak bungkus daun pisang. Teringat pernah beli nasi lemak daun pisang dekat dekat area rumah.

Terus order sekali dengan roti canai. Nasi lemak daun pisang dia sedap. Nasi cukup rasa lemaknya, tambah pulak dibungkus dengan daun pisang. Aroma daun pisang membuka selera sungguh!

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Nasi lemak bungkus daun pisang sedap!

Tambah lagi sedap bila sambal dia sedap. Pedas dan betul betul nasi lemak asli tradisional style mak mak kita masak. Saya syak ni mesti orang orang lama punya air tangan ni.

Kali kedua order. Repeat order sebab sedap dan pedas tu kena dengan selera. Harga pun murah dengan portion dan kesedapan sebungkus nasi lemak daun pisang.

Nasi lemak dan roti canai murah

Harga nasi lemak sebungkus RM 2.00. Roti canai tak ada dalam gambar. Nampak sipi sipi kertas minyak pembungkus roti canai je. Mood malas nak styling ambil gambar. Gambar candid makanan je terus. 

Beli roti canai kosong RM 1.00 sekeping, Roti telur 2 RM 2.50 sekeping. Charge delivery RM 2.00. Roti canai memang beli extra untuk dibuat sarapan esok. Tinggal panaskan je senang.

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Alhamdulillah masih ada lagi orang yang menjual makanan murah tak mencengkik darah dengan harga yang masih relevan sekarang ni. 

Bagus ni berniaga untuk kepuasan pelanggan. Semoga bisnes mereka dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminn

A.S.Corner Roti Canai Homemade

Waktu Perniagaan

Pagi (Jumaat-Ahad)
7:30 pagi sehingga habis (waktu terhad)

Petang-Malam
Isnin- Ahad
5:30 petang - 9:30 malam

Menu A.S Corner

Nasi lemak - RM 2.00
Roti kosong - RM 1.00
Roti relur - RM 2.50
Roti tampal - RM 2.50
Roti planta - RM 2.00
Roti cheese - RM 3.00
Roti bom - RM 2.00
Roti sardin - RM 3.50
Roti frozen - RM 8.00

Menu Special A.S Corner

Roti Sarang Burung - RM 4.00

Mereka  berniaga depan rumah je dan delivery sekitar Sikamat Seremban sahaja