Muka ada senyum bila husband balik dari membeli barang dapur nampak ada Kit Kat Gold Ice Cream yang tengah viral sekarang ni. Alhamdulillah..setelah berkali kali beli barang tak jumpa aiskrim emas terlajak laku ni, akhirnya ada rezeki juga merasa.

Pengaruh rakan blogger sangat ni. Sampai Blogger Salbiah M nak tolong pos kan lagi Ice cream Kit Kat Gold ni pada saya kalau boleh pos katanya. Tempat dia berlambak aiskrim kit kat ni. Nak tahu kat mana, cubalah risik-risik kat beliau. Terima kasih Sal!

Hebatnya kamu Aiskrim Kit Kat Gold. Sesungguhnya kamu begitu berharga. 

Nestle Kit Kat Gold Ice Cream

Nestle memperkenalkan perisa aiskrim terbaharu iaitu Kit Kat Gold edisi terhad sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Dimana musim perayaan adalah detik istimewa untuk diraikan bersama keluarga sambil menikmati 'golden break' ketika cuaca panas.

Aiskrim Wafer lazat disalut dengan coklat putih (white chocolate) dan ditaburi dengan kepingan karamel (caramel flakes) rangup dan cebisan (crumbs) wafer. Kemudian dibungkus dengan dengan pek emas sebagai tanda memberi tuah dan kekayaan.

Kit Kat juga didatangkan dalam pelbagai pek yang sesuai untuk dijadikan hadiah sempena tahun baru ibarat emas dikongsikan bersama keluarga. Istimewa sungguh Kit Kat Ice Cream ni bila digambarkan.


Kit Kat Gold Aiskrim Sedap ke Tidak?

Of course lah sedap. Dia jadi sedap bila ada salutan white chocolate dengan caramel flakes dan wafer tu. Manis? Tak juga. Ikut selera saya sedap! Mungkin sebab penggemar white chocolate dan terbiasa dengan rasa white chocolate.


Bergaduh dengan cahaya nak ambil gambar elok sikit dan terang. Tapi kelam juga akhirnya. Jadilah kan nampak kelazatan aiskrim Kit Kat Gold ni.

Tak puas makan Kit Kat Gold ice cream ni Sebab saiz dia tak kena dengan harga! Tapi harga sesuailah dengan segala yang ada pada Kit Kat Gold ice cream.

Kit Kat Gold ice cream price/harga

1 kotak ada 4 pek, harga dia lebih kurang RM17 lebih. Lupa dah mana pergi resit tu entah. Satu, harga dia lebih kurang RM4 lebih macam tu.