i-Sinar tanpa syarat, syarat i-sinar kwsp terkini telah disahkan. Kementerian Kewangan telah mengesahkan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dalam proses untuk memansuhkan syarat pengeluaran i-sinar.

i-Sinar Tanpa Syarat
sumber : portalmalaysia.com



Pemansuhan syarat pengeluaran i-Sinar oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan selepas menerima nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas dari orang awam yang meminta untuk melonggarkan syarat-syarat pengeluaran i-Sinar sebelum ini.

Langkah ini adalah untuk membantu mereka yang telah mencarum KWSP dapat meneruskan kelansungan hidup akibat terkesan dengan pandemik COVID-19.

i-Sinar Lulus tanpa syarat

Dengan pemansuhan syarat membolehkan i-Sinar lulus tanpa syarat. Bagi ahli KWSP yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka secara automatiknya akan diluluskan.

Kemudahan pengeluaran i-Sinar ini juga boleh dimohon oleh ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun tertaluk pada baki yang sedia ada dalam simpanan Akaun 1.

Perincian Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat

Ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah

  • Boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. 
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 

  • Boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1
  • Jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. 
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Bertenang dulu, kerajaan akan mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin minggu depan. KWSP juga memerlukan masa untuk mempersiapkan struktur sistem pengeluaran i-Sinar tanpa syarat yang baharu ini.

sumber : astrowani