Pagi-pagi dah menjamu chocolate cheesecake super moist, super sedap! Bukan saya buat. Beli je! Saya seorang penggagal yang tak berbakat nak buat kek sedap-sedap ni. Tahu beli je.

Tapi kalau bab masak lauk campak-campak dalam kuali, gerenti sedap. Tak salah puji diri sendiri kan, siapa lagi nak puji. Haritu teringin nak makan kek marble sedap buat kudap-kudapan masa lapar okay juga.

Macam biasa, akan membeli kek marble kat Kedai Kerepek Paroi. Jenis bar cake/loaf yang saiznya boleh tahan besar dan harga pun murah. Paling utama, kek marble dia sedap.

Husband balik dari membeli barang, nampak dia ada beli chocolate cheesecake sekali. Katanya saja beli sebab saya suka makan cheesecake. 

Alhamdulillah, rezeki dapat makan cheesecake yang dah lama tak makan. Lagi sedap bila chocolate kek bergabung dengan cheese. Sedap lain macam!


Kek coklat dia moist giler. Tak manis sangat. Ada rasa masin-masin cheese sikit. Tak muak makan. Bila makan sikit, tak cukup sepotong. 

Harga Chocolate Cheesecake

Chocolate cheesecake untuk satu biji kek RM10, berdiameter 12cm dan tebal 3.5cm. Sedap dan saiz dia seiring dengan harga. Okay lepas ni pergi Kedai Kerepek Paroi akan repeat beli chocolate cheesecake. 

Kedai Kerepak Paroi
sumber : Kedai Kerepek Paroi


Kedai Kerepak Paroi

One Stop Centre menjual pelbagai jenis kerepek, kuih, kudapan dan makanan tradisional warisan Melayu. Tradisional food industries yang menjual produk usahawan Melayu dari merata pelusuk tempat. 

Lokasi : 415 & 416, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Kedai Kerepek Paroi
sumber : Kedai Kerepek Paroi


Rambang mata tu dah semestinya kalau masuk Kedai Kerepek paroi ni. Macam-macam ada. Tapi biasa beli kek marble je lah. Lebih berbaloi beli kat sini berbanding kedai kek sebab lagi murah, lagi sedap, lagi besar. Tapi kek marble ni cepat habis. Ada rezeki, adalah dapat.

Kek marble pun murah RM7.50 je. Itu yang tak pergi tempat lain tu.