Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Aliff Aziz akan ditayangkan pada Sabtu ini, 6 Februari 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra dan Citra HD.

Telefilem arahan Faizal Nadxaman atau dikenali dengan Jaihoo Nadxaman juga menampilkan Firdaus Nadxaman, youtuber Hazeman Huzir dan ramai lagi.

Bukan Cerita Cinta Cliche
sumber : astro citra


TELEFILEM BUKAN CERITA CINTA CLICHE

Waktu siaran : Sabtu, 6 Februari 2021, 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra dan Citra HD
Penulis skrip : Nellhanan Mansor
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : GUAM Teamwork Sdn Bhd

PELAKON BUKAN CERITA CINTA CLICHE

  • Mimi Lana
  • Syafiq Kyle
  • Alif Aziz
  • Firdaus Nadxaman
  • Lienda Halim
  • Nazzaty Rusli
  • Saidah Kamarudin
  • Sara Zulkifli
  • Hazeman Huzir
  • Eddy Effrimz

SINOPSIS BUKAN CERITA CINTA CLICHE

Emmel, seorang penulis skrip cerita cinta yang mempunyai kehidupan ironi apabila dia sendiri tidak pernah lansung bercinta. Emmel tertekan berdepan dengan orang sekeliling kerana dirinya dah berusia 34 tahun tetapi masih single. 

Tetapi dalam masa yang sama, Emmel menaruh perasaan terhadap rakan sekerjanya, Faizal sejak 4 tahun lepas lagi. Kehadiran Faliq pula membawa perubahan yang besar dalam hidup Emmel serta perspektifnya tentang perhubungan sebuah cinta.