Macam cantik je tarikh hari ni 12022021, diterbalikkan jadi 12022021 juga. Boleh masuk dalam senarai tarikh cantik 2021 untuk majlis tunang dan nikah. Tapi kalau plan harini memang tak sempat lah. 

12022021

Siapa yang dah siap plan awal-awal tarikh cantik hari ni 12022021 untunglah. Pakej sekali hari jumaat yang berkat ni. Apapun tarikh cantik ni hanya sekadar nombor yang mudah untuk di ingati dan nampak cantik tertulis.

Walaupun hakikatnya ada je yang terlupa tarikh tarikh penting ni, cantik mana pun tarikh tu kalau dah lupa. Lupa juga, kan.

Dengan situasi sekarang ni, segala majlis terpaksa ditangguhkan. Yang dah rancang dapat kebenaran, ikutlah SOP. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang bernikah hari ni.

Selamat bercuti semua sempena cuti Chinese New Year. 

Page 43 of 365, 2021
-Sihatimerahjambu's diaries