Craving satisfied! Lega bila keinginan sesuatu makanan tu berjaya memuaskan hati si tekak. Bila kita lama tak makan sesuatu yang kita suka. Mesti akan buat kita rasa nak makan tetiba. Pernah rasa tak macam tu.

Selagi tak dapat, selagi tu akan diusahakan sampai dapat. Ala, apa salahnya teringin makan pun. Mengidam bukan untuk perempuan mengandung je. Sesungguhnya mengidam itu milik semua orang. Ayat sedapkan hati sendiri.

Masih ingat lagi cerita mister potato paling hot? Kisah tersalah beli kerepek kentang yang di inginkan tu. Okay kali ni husband beli yang betul punya. Kerepek kentang paling macho dan paling hot. 

Suka beli mister potato sebab tak terlalu masin. Sedang sedang saja. Tak tahu lah kalau lidah orang lain rasa masin ke apa. Sekali hadap berdua habis satu pack jumbo ni yang berharga RM3.90 di speed mart.

Sedap dan harga seiring. Banyak juga kerepek kentang dalam pack jumbo ni. Penuh sebekas tupperware IKEA penutup hijau saiz besar tu. Bukan kembung isi angin semata-mata. 

Kerepek Kentang Paling Macho

Husband pun terjebak suka makan kerepek kentang macam ni berbanding dalam bekas panjang tu. Itu tak feel sangat rasa kentang dia. Lebih kepada bentuk kerepek kentang yang cantik. Sekali beli dua terus kerepek kentang paling hot dan paling macho. Dua dua sedap!

Kerepek Kentang Paling Macho Dan Paling Hot

Menarik betul nama-nama kerepek dalam setiap pek keluaran Mister Potato ni. Bukan nama je menarik, rasa pun menarik. Paling tak boleh move on dengan potato chips sweet potato tu kan.

Variasi Mister Potato Chips

  • Paling Macho/The Macho- Barbeque (BBQ)
  • Paling Menyengat/The Hot- Hot & Spicy
  • Paling Otai/The Boss- Original
  • Paling Drama/The Diva- Sour cream & Onion
  • Paling Manja/The Princess -Tomato
  • Paling Menyengat/The Buzzy Body -Honey Cheese
Paling manja tu rasanya tak akan beli sebab tak berapa suka tomato. Belum cuba The Diva sour cream & onion tu. Nanti nak cubalah!

Ada yang dah cuba? Mana satu paling favourite kau orang? Fiza suka The Macho dan The Hot.