Berkali kali perasan notification kat dashboard adsense. Change to https, opportunities that could boost your income. Berkali kali juga ignore sebab masih berkira kira nak tukar ke tidak. Ye lah, tak nak lah bila tukar ke https kena re apply adsense.
https (Hypertext Transfer Protocol Secure)
Dah lah susah nak lulus apply adsense. Sekali tukar ke https kena re apply memang sakit lah di situ. Selepas bertanyakan kepada sifu adsense dan blog. 

Dapatlah jawapan yang membantu. Taklah sesat jalan. Lega mendengar bila tukar https ni tak perlu re apply adsense.
Sebab dia daftar nama domain bukan protokol. Boleh terus guna dan tak perlu buat apa apa kalau dah ada code adsense dalam blog.- Hasrul Hassan
Tak perlu apply semula. https lebih secure, dia ada lock dan di syokrkan guna https.- Sis Hawa
Terima kasih untuk kedua dua sifu yang sudi menjawab pertanyaan. 

                  10 tips lulus permohonan adsense

2 opportunities yang sedang berlegar legar untuk di ambil tindakan naikkan earnings adsense. opportunities that could boost your income

Seperti yang adsense sarankan untuk bertukar https tu akan memberikan kesan yang lebih baik bukan hanya opportunities that could boost income adsense.

Kelebihan https

  • Better ranking in Google searches
  • Improved security against your traffic being hijacked
  • Green padlock sign in the browser security bar

Unblock general ad categories tu take take action pun sebab kena jugalah tapis tapis iklan yang tak sepatutnya.

Penting ke tukar https?

Dari apa yang saya baca dan faham, search engine (enjin carian) google lebih mengutamakan website/blog yang menggunakan https.

Web browser juga telah mengklasifikasikan sesebuah website samada 'secure' atau 'insecure'. Sesetengah browser akan memberikan amaran jika website tak selamat untuk dilayari. Ada juga web browser yang menyekat terus website daripada pengunjung.

Dengan kes zaman scammer ni, ramai yang bijak mencuri data pengunjung. Bila website ni secure, pengunjung pun rasa selamat bila melayari website/blog kita. 

Bila dah kaji mengkaji, soal siasat dan lebih yakin nak bertukar kepada https. Dengan harapan tak memberikan kesan pada iklan adsense dan juga trafik blog.

Cara tukar http to https

Sebelum bertukar kepada https, dinasihatkan backup dulu blog ye. In case berlaku apa apa, ada backup.

Log in dashboard blogger.com
Settings dan swipe left (switch ON) https tu.



Selepas switch on https tu, blog tak akan dapat dilayari selama beberapa minit. Ikut pengalaman saya, lebih kurang 5 minit macam tu. Jenuh la refresh sampailah blog muncul seperti biasa. Iklan pun elok terletak.

Siapa yang singgah blog saya petang semalam tak boleh masuk tu maaflah ni. Tengah bertukar masa tu. Tapi kejap je kan?

Fuhhh..settle satu hal. Kemain berdebar lagi nak tukar https pun. Selepas tukar https, saya tak usik apa apa dalam account adsense. Cuma tukar setting:

Google analytics
Admin>>Property Settings>>Default URL tukar http to https

Google search console 
>> add property

Selain tu, check juga broken link. So far itu je tindakan selanjutnya yang dibuat selepas tukar https. Trafik blog pun seperti biasa, tak merundum teruk macam yang pernah saya baca sebelum ni. Mungkin sekarang berbeza. 

Bila blog dah secure ni harapnya lebih cemerlang lah dalam ranking SEO ( Search Engine Optimization), seterusnya earnings pun meningkat. Innity je sendu. Majuk ah camni tak nak letak.

So now kita ber url https://www.azhafizah.com/. Siapa ada pengalaman bertukar daripada http ke https tu boleh share di kotak komen. Terima kasih

Blogger lain dah lama bertukar ke https, saya ketinggalan kapal terbang.