Petang Khamis haritu balik kampung husband somewhere in Kuala Pilah. Lama juga tak balik kampung husband sebab tak ada orang kat kampung sejak abah mertua meninggal 2 tahun lepas. 

Kebetulan mak mertua duduk rumah sekejap then Fiza pun nak balik Segamat. Bawa mak mertua sekali balik kampung. Tidurlah semalam kami kat kampung. 

Bila musim hujan ni kat kampung, lain macam sojuk eh. Cuaca pun mendung berpanjangan. Tak dapatlah nak buat aktiviti luar. 

Tapi sempatlah juga husband meracun semak dan lalang dah panjang tu. Harap tak hujan lah lepas meracun tu.

Kg Parit Kuala Pilah
depan rumah, rumah adik beradik uwan juga


Petang tu husband nak makan roti Canai. Macam biasa roti canai best in Pilah town dekat bus stand tu lah. Roti canai dan kuah sodap! 

Haritu balik tak ada rezeki merasa roti canai sebab kedai tu tutup. Kedai tu buka dari petang sampai malam. Bus stand Kuala Pilah ni memang meriah dengan stall-stall jualan. Macam-macam makanan ado!.

Jenuh menunggu roti canai, hampir 1 jam! Mana taknya, roti canai yang dah siap dia bagi pada yang nak makan kat situ. Yang menunggu nak membungkus kena tunggu lama pulak. Haihh macam tu pulak sistem dia.

berhadapan bus station Kuala Pilah


Kalau balik kampung husband ni sejuk dia lain macam. Almaklumlah dekat dengan bukit. Pagi pagi tu nak mandi air kolah memang sejuk betul. Rumah papan ni malam dan pagi ni akan rasa sejuk je.

Nampak patung anak buah, ambil gambar kejap. Macam kena pulak dengan dark mood.


Macam biasa aktiviti kat kampung, kita jalan-jalan sekitar rumah tengok apa yang ada. Kita ambil gambar mana yang scene yang cantik dan menarik.

Bamboo
Cantik pulak embun pagi

Suka pulak tengok embun pagi kat pokok pokok yang ada. Dapat lens macro portable untuk handphone ni mesti lagi cantik gambar ni. Takpe, simpan dulu niat tu. Mana tahu ada orang nak hadiahkan kan.

Kurang sharp pula embun tu haihh


Pokok Bunga Kemboja Merah
Ada matahari sikit, nampak awan biru. Snap dulu sebelum mendung

Sambil Fiza dok ambil gambar, husband cuci kereta. Lama tak cuci kerete oii..musim hujan ni nak juga cuci kereta. Mujur lah lepas cuci kereta tak hujan lebat. 

Car Wash

Sempat ambil gambar paip ni. Lighting tengah on point ni elok ambil gambar air splash ni, boleh set shutter speed tinggi sikit dapatlah ambil gambar air bentuk bulat-bulat macam tu. 

Cuma kurang sharp sikit. Tangan gegar kot!


Balik kampung sehari semalam je, petang tu uruskan urusan penting dan terus gerak balik Segamat. Balik kampung, Ohhooo balik kampung.