Rilek rilek dan bawa bertenang. Bukan nak ajak bergaduh. Tapi seringkali bergaduh dengan ruang komen bila keluar saya bukan robot (I'm not a robot) macam dalam gambar di bawah ni.

Benda ni akan keluar bila blogwalking tinggalkan komen dalam banyak blog. Aktiviti komen kita yang banyak membuatkan google menganggap kita ni robot. 

Sebab tu lah munculnya I'm not a robot captcha ni untuk verify samada pengguna robot atau tidak. Itu apa yang Fiza faham lah. Jika salah, sila perbetulkan ye.

Bila benda ni keluar memang boleh buat spoil mood nak blogwalking. Betul tak kawan-kawan?
I'm not a robot CAPTCHA

Captcha tu kira okay lagilah hanya perlu tick pada kotak saya bukan robot atau I'm not a robot. Tapi bila dia dah mula keluar reCAPTCHA ni memang agak annoying lah nak memilih gambar. Sekali okay lagi. 

Dua kali tiga kali paling jenuh nak melayan dia saja. Nak tak nak kena layan untuk terus meninggalkan komen pada blog.

I'm not a robot reCAPTCHA


Benda ni terjadi bila komen kat blog yang menggunakan platform blogspot. Kalau wordpress masalah dia kena key in maklumat url dan email. So far okay je sebab tak ramai yang pakai wordpress. Cuma yang saya bukan robot ni memang melambatkan proses komen. 

Penat tahu tak! Nak marah pun ada. sabar sabar...Ada cara tak macamana nak atasi i'm not a robot ni keluar?

Cara atasi masalah saya bukan robot (i'm not a robot) muncul.

Dari apa yang Fiza baca, kena clearkan cache & cookies browser. Then off internet dan on semula selepas 30 saat.  Bila browser dah clear tak da lah kita akan di kesan sebagai robot.

Tapi...cara tu Fiza belum cuba lagi sebab bila dah clear cache & cookies tu jenuh la nak log in semula segala benda yang dah ada siap-siap. Nak verify satu satu segala akaun. Agak jenuh disitu.

Kalau nak cuba, silakan.

So kita hadap je lah. Agak agak malas nak layan, esok esok boleh sambung blogwalking semula. Settle masalah.

By the way, cuba check ni dalam dashboard blogspot kau orang. Silalah disable comment form message tu ye.
disable comment captcha