Pernah tak keliru antara rempeyek dengan tumpi. Seorang ni Fiza selalu terkeliru. Kuih lama lama ni bukan tahu sangat pun. Kuih rempeyek ni sama level lah dengan kuih goyang bunga. Kuih tradisional sedap kudapan sepanjang zaman gitu.

Kuih rempeyek lebih banyak dikomersialkan. Banyak jugalah jenis rempeyek yang ada dipasaran. Kudapan kegemaran ramai terutamanya yang jenis suka makan keropok kerepek.

Rempeyek

Rempeyek atau peyek adalah sejenis makanan ringan/kudapan/kuih kering yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang lain seperti kacang tanah, ikan bilis, kacang hijau dan lain-lain lagi.

Resipi Rempeyek Kacang Tanah Dan Ikan Bilis

Biasanya ia digoreng nipis-nipis dalam minyak panas yang banyak. Bentuknya pelbagai dan disamakan seperti keropok. Rempeyek kampung biasa dihidangkan ketika musim perayaan ataupun majlis perkahwinan.

Beza rempeyek dan tumpi

Beza rempeyek dan tumpi ni senang je nak tahu sebenarnya. Rempeyek guna kacang tanah dan tumpi gunakan kacang dal kuning. Tapi kaedah nak membuat kedua-duanya sama je. 

Bancuhan tepung pun boleh guna bancuhan yang sama cuma taburan atas tu je yang jadi perbezaannya. Itu yang buat orang keliru tu kan. Lagi satu, rempeyek kacang hijau pun sedap juga.

Adunan tepung pula ada yang mencampurkan beberapa rempah seperti jintan manis, jintan putih, ketumbar yang ditumbuk kasar.

Acuan Rempeyek

Ikut style orang dulu tak perlu guna acuan rempeyek pun. Mereka gunakan kaedah resepi rempeyek tepi kuali je. Kalau dah mahir okaylah guna kaedah macam sendukkan di tepi kuali tu.

Kaedah senduk tepi kuali tu akan menghasilkan pelbagai bentuk rempeyek. Ada besar ada kecil. Selepas sendukkan di tepi kuali tu, jangan lupa curahkan minyak panas atas adunan tu untuk memudahkan rempeyek tanggal dari tepi kuali masuk dalam minyak panas.

Zaman sekarang, bila rempeyek dah semakin banyak di komersialkan. Kaedah acuan digunakan. Jadinya bentuk rempeyek nampak lebih kurang sama bentuk semuanya. 

Rempeyek Nipis Dan Rangup!

Rempeyek nipis dan rangup semestinya jadi pilihan. Boleh spoil mood kalau dapat rempeyek yang tebal. Kalau tebal tu maknanya bancuhan yang dibuat agak pekat. Nak rempeyek nipis dan rangup kena buat  bancuhan agak cair. 

Resipi Rempeyek Rangup

1 kg tepung beras
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup/crunchy)
1 biji telur
8 ulas bawang putih* (untuk naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
3 sudu besar jintan manis*
3 sudu besar jintan kasar*
3 sudu besar ketumbar biji*

Cara buat rempeyek rangup

1. Bahan bertanda * ini dikisar kering. Nak guna lebih pun boleh.
2. Air secukupnya (buat sukatan 5 cawan dulu, tengok mcm pekat baru tambah sikit-sikit)
3. Bilis dan kacang (jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah di goreng)
4. Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
5. Goreng seketul 2 dulu pas bancuh tengok struktur kuih, barulah nampak tebal ke nipis sangat ke.
6. Kalau tebal, boleh tambah sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.
7. Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
8. Jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2, satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. InsyaAllah sedap.

*untuk mendapatkan rempeyek yang rangup kena masukkan sedikit kapur makan. Bancuhan tu usah terlalu cair dan pekat. Masa goreng cuba dulu sekeping dua untuk tengok nampak tebal atau nipis sangat. Nanti boleh adjust bancuhan tepungnya. Barulah menjadi rangup rempeyeknya.

Kredit : Azlina Ina Resepi

Nak resepi rempeyek tepi kuali, boleh rujuk resepi rempeyek kacang tanah dari Kak Dana

Kalau buat sendiri tu bolehlah tambah kacang lebih atau ikan bilis lebih kalau sukalah. Tapi janganlah sampai penuh. Ada kacang tabur banyak ni dan sekor ikan bilis nipis pun dah sedap dah ni.

Resipi Rempeyek Rangup

Rezeki dapat sebekas rempeyek mak bagi jumaat lepas. Habis dikerjakan oleh suami. Sedap katanya. Fiza makan sekeping dua. Malas nak mengunyah cerita dia sebab gigi ni sensitif, kena jaga.