Tidak mahu kuingat lagi, Apa yang telah terjadi. Tragedi oktober~ Eh termenyanyi pula. Asal datang bulan oktober, lagu itu je lah yang tergiang dalam kepala ni. Harap tak ada sebarang tragedi berlaku.

Buat masa ni kita doakan semoga Malaysia cepat sembuh dari wabak Covid. Tak sabar nak tunggu zero kes dan bebas Covid-19. Dapat bayangkan masa tu, semua orang akan rasa gembira dan tentunya bersyukur.

Sama-sama kita sabar dan doa ye.

OKTOBER, bulan kesepuluh. Bulan September sepantas kilat berlalu. Terlalu kejap rasa bulan September ni. Apa plan bulan oktober ni? Duduk diam-diam kat rumah je lah kot.

OKTOBER 2020

Feel beautiful about yourself without needing to judge other.
It's reflection of your-self respect

Cuti-Cuti Bulan Oktober 2020

3 Okt (Sabtu)  : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah 
9 Okt (Jumaat) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka 
10 Okt (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak 
29 Oktober (Khamis) : Maulidur Rasul Semua Negeri

OKTOBER 2020

6+3 =
But so does 5 +4.
The way you do things
isn't always the only way to do them.
Respect other people's way of thinking.
Don't judge people
for the choices they make,
when you don't know
the options they had to choose from.

Kita semua masih dalam mood PKPP ye kawan-kawan. Sekarang bukan Sabah je meningkat kes baru, kluster baru. Sekarang semenanjung pun tak kurang hebatnya. Masing-masing hantar wakil negeri ke camna? Aduhaiii...

Bertambah risau dibuatnya nak pergi kemana-mana macam mula-mula PKP dulu. Janganlah sampai PKP 2.0. Struggle sangat bab ekonomi tu. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja faham.

Yang hilang kerja tanpa pesan, yang berniaga tak boleh berniaga, jualan tak jalan, semua tu sangat memberi kesan. 

Harap sangat bulan oktober ni, ada harapan yang lebih cerah untuk kita semua. Aaminn