Tahu tak cobek dan ulek? Kalau tahu bagus, 10 markah! Punyalah lama membodek mak kat kampung sampai mak pun dah naik fed up dengan pertanyaan anak bongsu dia yang sorang ni ha. Sudahnya mak cakap, ambillah.

Lama dah perasan cobek dan ulek batu kat longgokan barang tak pakai kat belakang luar rumah. Dari tak berguna baik bawa balik, gunakan untuk buat props. Nak guna buat sambal gesek permukaan batu dia tak berapa nak licin dah.

Tak best pula nak mengesek bahan-bahan tu nanti. Sebab tu lah dibiarkan sendiri kat luar belakang rumah tu ha. Kesian dia. 

Cobek dan Ulek Batu

Dah basuh siap-siap bungkus haritu, gigih lah bawa balik. Mujur saiz tak besar dan tak berat sangat. kalau batu giling tu memang tak lah nak bawa balik. Batu giling pun ada tapi dia punya penggiling tu entah kemana tak tahu lah.

Cobek dan Ulek

Cobek dan ulek adalah sepasang alatan sejak zaman purbakala untuk menggesek, mengulek dan melumatkan bahan-bahan masakan dapur, rempah ratus, jamu atau ubat-ubatan. Ulek juga dikenali dengan ulekan.

Cobek adalah mangkuk alas untuk mengulek. Ulek pula alatan tangan berbentuk memanjang yang digenggam untuk mengulek bahan.

Cobek dan ulek biasanya diperbuat daripada batu, kayu keras, seramik, tanah liat ataupun logam. Setakat ini baru pernah nampak cobek dan ulek batu, kayu dan seramik je. Jenis logam tak pernah nampak lagi. 

Walaupun cobek dan ulekan dah lama digunakan tapi zaman sekarang ramai memilih untuk menggunakan alu dan lesung, lebih dikenali dengan lesung batu. Kalau tak kena tak tahu nak kata lah.

Alu dan Lesung

Alu & lesung dan Cobek & ulek adalah dua alatan yang berbeza tapi fungsi dia lebih kurang sama. Alu dan lesung lebih kepada menumbuk bahan-bahan dalam proses melumatkan bahan-bahan masakan. 

Lesung adalah mangkuk alas untuk menumbuk. Alu atau dipanggil anak lesung alatan untuk menumbuk. Alu dan lesung juga diperbuat daripada batu, kayu dan seramik.

Harga Cobek Batu

Harga cobek batu Malaysia bergantung pada saiz. Pernah juga mencari di shopee, harga paling murah RM40 untuk saiz 20cm. Mostly harga boleh tahan juga mahalnya. Lagi besar lagilah mahal. Cobek batu asli kot kan?

Harga cobek kayu Malaysia mungkin lebih murah berbanding batu. Tapi macam kurang best guna kayu. Kalau kurang berat tu macam kena susah pula nak gesek bagi lumat. Kurang feel dia macam tu. 

Cobek dan ulek dalam bahasa inggeris dipanggil mortar dan pestle juga sama macam alu dan lesung juga.

Ada cobek ni memang best sangat buat sambal gesek. Kalau nak menggesek guna alu dan lesung a.k.a lesung batu macam payah sikit sebab alas dia melengkung macam mangkuk. 

Lebih sesuai menggesek bila guna cobek ni sebab permukaan alas lebih besar dan rata. Tengah mood marah ni seronok menggesek. Lumat terus bahan-bahan nak digesek tu agaknya. Haha