Gemorning! Last week balik kampung sempat juga ambil gambar canna lily seed pod. Ingatkan sejenis bunga baru sebab tak pernah nampak. Main ambil je gambar pokok mana yang berkenan di hati.

Bila nak edit, rasa macam pernah nampak daun jenis macam tu. Ohh rupanya ni pokok bunga lily. Yang Fiza ambil gambar tu namanya canna lily seed pod. Pod benih dia. Baru tahu!

Canna Lily Seed Pod

The pods are green, spiky, round structures that usually contain one to three seeds. The pods are harmless in spite of their outward appearance. Canna lily seed harvesting should be done once these seed pods become dry. When pods open up revealing the black seeds inside, you can easily squeeze them out.-gardeningknowhow

Canna Lily Seed Pod
 

Dari apa yang Fiza baca, bunga canna juga dikenali dengan nama bunga tasbih, pisang bunga, pisang ubi dan beberapa nama lain lagi.

Ada beberapa jenis bunga canna lily dengan pelbagai bentuk, warna dan corak. Yang pernah Fiza nampak warna merah, kuning, oren dan putih.

Nama Botani : Canna indica 
Nama vernakular: bunga tasbih, pisang bunga, pisang ubi , canna lily 
Keluarga : Cannaceae Ia dipanggil bunga tasbih kerana bijinya yang matang dan berbentuk bulat kecil seperti biji tasbih.


Bila matang, biji benih (seed pod) akan berwarna hitam. Pokok canna lily boleh membiak dengan biji benih dan juga ubi akarnya.

Cara penjagaan canna lily ni perlukan air yang mengcukupi untuk membesar dan menghasilkan bunga yang cantik. 

Bukan hanya bunga dia je ada corak dan berwarna. Ada juga beberapa spesis canna lily yang mempunyai corak dan warna daun yang cantik.

Canna Lily sejenis pokok bunga yang tahan kepada cahaya matahari terik. Ohh no wonder lah mak letak dalam pasu yang terdedah kepada cahaya matahari. 

Pokok yang manja macam puteri lilin mak letakkan kat tempat redup. 

Oleh sebab bunga dia tak ada masa ni, cuma ada seed pod dia je lah. Makanya, kalau nak tengok gambar bunga dia kau orang boleh google canna lily.