Jangan jadikan Bazar Ramadhan menjadi Bazir Ramadhan. Seringkali kita di ingatkan tentang jangan membazir di bulan ramadhan ni. Di Bazar Ramadhan penuh dengan pelbagai jenis makanan yang mampu buat kecur air liur. Itu nak ini nak, sudahnya ke tong sampah sebab tak mampu nak habiskan.

Jangan sesekali jadi macam tu ye. Kena beringat, berjimat dan bersederhana dalam berbelanja untuk juadah untuk berbuka. Nama pun berpuasa, kenalah tahan nafsu. Ye tak? Kesian pada mereka yang kurang mampu nak makan sedap² tu. Ingat balik tujuan kita berpuasa tu kerana apa?
Jangan Membazir Di Bulan Ramadhan
Sumber dari google

Kalau memasak di rumah pun masak biarlah berpada jangan masak macam nak buat kenduri pulak. Kalau nak bersedekah takpe. Apepun bulan Ramadhan kita perlu elakkan pembaziran. Membazir itu kan amalan syaitan. 

Bila kita mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak suka membazir mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan kita. Antaranya :

1. Dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja atau pekerjaan akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT.
2. Sikap berjimat-cermat dan bersederhana dapat menyelamatkan kita daripada muflis akibat hutang yang bertimbun kerana berbelanja secara berlebihan menurut hawa nafsu.
3. Sikap bersederhana membolehkan kita mampu untuk bersedekah pada jalan Allah, lebih-lebih lagi menunaikan zakat yang pastinya melengkapkan lagi penyempurnaan rukun Islam.
4. Kita akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.

Semoga kita sentiasa memastikan diri kita tidak termasuk di kalangan orang yang suka membazir. Selamat beramal.