Bulan puasa ni memang kebanyakkannya Fiza buat entry auto publish je sebab Fiza dah siap² jadualkan entry hampir setiap hari. Ini sebabnya lebih mudah untuk manage masa sebabnya Fiza bukan setiap masa hadap blog walaupun memang hadap dekstop. Selalunya akan guna satu masa untuk siapkan entry untuk satu hari atau lebih.

auto-publish-entry

Dengan cara ni Fiza dapat focus untuk buat kerja lain terutamanya design dan aktiviti luar. So takdelah blog sunyi tanpa update. Bila dah siap entry auto publish Fiza tak perlu fikir blog dah, waktu free baru Fiza akan jengah semula untuk approved komen dan blogwalking. 

Sebab dah terbiasa ianya jadi mudah. Cuma jadi susah bila takde satu idea pun. Tentu orang ingat Fiza ni asyik hadap blog pun padahal bukan setiap masa pun nak ada masa hadap blog. Ada yang suka buat auto publish dan ada yang tidak. Bergantung pada individu tu sendiri. Lain orang lain caranya. 

Lagi senang bulan puasa ni buat auto publish,  boleh buat kerja lain dengan senang hati. Nak design ke nak buat aktiviti lain untuk mengisi ramadhan ke lebih banyak masa. Takdelah nak pagi, ptg malam untuk update entry. Betul tak?