Macam yang Fiza dah inform sebelum ni, sekarang ni Fiza tak buat lagi dah top komentator setiap bulan tapi gabungkan dua bulan sekali. Memandangkan sebelum ni juga Fiza pos dua bulan sekali so lebih senang Fiza gabungkan terus je la. 

Lagipun boleh beli hadiah lebih nilai sikit kan walau tak sebarapa tapi kira dapat berikan penghargaan untuk mereka yang rajin singgah dan komen tu. Untuk Top 3 Komentator Mei & Jun Fiza nak berikan hadiah lampu IKEA ni. Suka tak?

Untuk Top 3 sahaja ye. Yang lain Fiza akan pamerkan link macam biasa so yang lain boleh blogwalking. 

hadiah-top-3-komentator-mei-jun

Ada rezeki lebih dapatlah beri lebih. Mudah je nak dapat hadiah dari Fiza ni, cuma singgah dan komen je. Disebabkan jarang buat contest inilah yang mampu Fiza buat pun. Lebih senang nak uruskan sebab dah ada widget komentator tolong kira kan. 

Mungkin komen² Fiza akan tapis juga supaya lebih adil lah kan. kalau setakat komen satu ayat mungkin takde kot. Jangan serik pulak korang nak komen..hihi.. Kita tengok siapa yang bertuah tu nanti ye.

Notapink : Maaf minggu ni belum sempat blogwalking lagi =__='