Pada mulanya nak buat apam aiskrim bentuk aiskrim cornetto tu tapi cancelled sebabnya kukus yang ada lubangnya kecik² so tak muatlah nak masukkan kon aiskrim tu. Last² buat dalam acuan loyang besar tu je la. Lagipun lagi senang sekali masuk je kan. Nak makan cuma perlu potong je.

Buat 3 warna je, tapi kalau buat banyak warna lagi menarik. Paling suka warna hot pink yang menyerlah sangat ni. Yang warna putih tu warna asal adunan apam. Dah macam kek dah rasanya. Cukup gebu dan cukup rasa. Cuma takde topping chocolate dan chocolate rise. Kelapa parut pun non hado. Kita makan kosong je la since apam pun dah cukup rasanya.

cubaan-buat-apam-aiskrim

Halus dan lembut. Eh puji diri sendiri pulak. Siapa lagi nak puji. Okaylah ni untuk first timer! Warna pun tunggang langgang lagi ni sebab tak betul² ikut kelebaran layer warna tu. Nak cepat punya pasal main masuk je.

cubaan-buat-apam-aiskrim

Setakat nak makan kat rumah buat dalam acuan besar lagi mudah tapi kalau nak lagi menarik boleh buat bentuk aiskrim cornetto. Nama apam aiskrim ni mungkin sebab ada masukkan ais aiskrim soda kot?

Nak buat pun mudah je. Bahan² pun sikit. Boleh amek resepi ni >> Resepi Apam Aiskrim